Semalam telah diadakan satu majlis annual dinner anjuran syarikat tempat ibu dan ayah bekerja. Tak sangka jugak dapat jemputan walaupun hampir dua tahun bercuti tanpa gaji. (Kalau deme lupakan kita memang sajerler...hehe) Ini adalah ulang tahun syarikat yang ke 16 tahun. Seperti biasela mana lagi tempatnyer kalau bukan di hotel Syuen Ipoh..dari zaman dolu2 lagi asyik2 Syuen Hotel jer....
Meriah jangan kenangla tambahan lama tak jumpa kawan2 dalam tu!! Untuk pengetahun ibu ni belum lagi melaporkan diri kat tempat kerja...huhu...masih lagi bercuti sehingga 20hb April insyAllah, ( ajer melampau..sakan ke tak sakan tu....) cuma ayah jer yang dah start kerja..angin nak mula kerja tu rasa liat sikit, ke rasa dah??????? Sebab tu gaya tak jumpa tu ngalahkan sepuluh tahun!! Banyak dah muka2 baru dalam tu.. Nasib tahun ni tak bertema..bebas berpakaian!! Kalau tak rungsing jugak nak ngesahkannyer..tambahan baru balik ni..
Suasana yang penuh warna warni dengan pakaian2 yang anggun...masing2 bergaya sakan dan tak kurang jugak minah2 indon yang menampilkan gaya yang kurang sopan itu!!!!! Nasib orang2 kita sopan2 belaka!! Itu yang bagus warga2 Malaysia ni!!!
Wajah-wajah kesayangan teman2 ku..dah book siap2 suruh Kak Azah reservedkan tempat duduk. Tankiuu akak..dua tahun tak berjumpa dengan kalian..

Kepada pemenang2 award dari kategori2 tertentu diucapkan tahniah semoga berusaha untuk tahun2 yang akan datang lagi..sangat2 lumayan hadiah yang berupa wang ringgit itu!! Kepada rakan2 baik..Malinda, Kak Yan bolehla bukak satu table belanja makan untuk kami yang baru balik ni. Kepada ayah dan rakan2 lain tahniah sebab telah berkhidmat selama 15tahun di syarikat ini dan telah dapat award long services berserta dengan duit yang dikira sangat lumayan..lepas ni nak manja2 lebih sikit kot2 boleh dapat apa yang nak!!!..
0 ulasan:
Catat Ulasan