-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-03-17

Macam-macam ada...

Hari ni Mifzal dapat macam2 kad ucapan dari kawan2 sekelas dia. Termasuk juga Mikami sensei, dia bagi album sekali dengan gambar2 muka Mifzal sepanjang aktiviti2 yang berlaku disekolah tu. Kebiasaannyer begitulah...memang orang2 Jepun lebih menyukai sesuatu hadiah tu adalah dari hasil buatan tangan sendiri..contoh kalau gambar2 kita tu diorang susun dalam bentuk yang fancy2 dan ditulis dengan kata2 semangat...pada mereka itu lebih unik dan penuh kenangan....sesetengah tu lagi la..tulis dan lukis diatas seketul batu!! Dahhh jadi satu hadiah...
Kalau orang2 kita macam mana?? Kalau kita bagi hadiah sedemikian mesti ade yang cakap yang tak sedap telinga dengar kan.....dah tau sesangat...hehe...
Sejak lebih mengenali budaya dan adat orang2 Jepun ini yang lebih menghargai atas kesusahan usaha tangan sendiri, automatik ibu pun rasa suka dengan cara macam ni..rasanyer ini lebih bermakna dari beli hadiah yang mahal2 kan...

Cantik2 dan unik kad2 tu beserta dengan origami yang kenkawan Mifzal buat...Dalam kad tu pulak ade ditulis macam2 kata semangat...balik dari sekolah tadi satu persatu Mifzal baca...huhu...simpan baik2 yer jadikan ianyer satu kenangan..

Ini contoh kad dari kawan baik Mifzal...Arata kun. Panjang lebar dia tulis!!

Ini pun salah sorang kawan baik Mifzal iaitu Fujita kun. Siap ada i luv you lagi..hehe

Ade jugak yang bagi handkerchief. Dragon ball untuk Mifzal sebab peberet dia dan Kamen Rider untuk Ikmal sebab yang tu pulak peberet dia...hehe


Yang ni hadiah dari dik Hanim kita...tima kasih yer anim..cantik sangat..dulu dah jeling2 jugak bende ni kat kedai letrik tu...tapi dah nak jadi rezeki dapat hadiah dari anim pulak...tankiuu!!


Bila dah tau yang orang2 jepun ni sangat dan terlalu menghargai sesuatu dari hasil tangan sendiri jadinyer kami bagi hadiah macam ni jer...walaupun tidak mahal dari segi wang tapi kami rasa puas sangat!!!
Ini contoh2 yang lain pulak...Ikutkan memang nak bagi lebih ramai lagi tapi apakan daya hanyer ini ajer yang lepas buat...huhu..


Yang ni pulak beberapa contoh kelarai, hasil kerja tangan adik dan abg ipar di kg nun...ini pun kami jadikan satu hadiah untuk kenalan disini...ader dalam 10 keping.

2 ulasan:

kew_chop berkata...

kaknor ke yg lukis gambar tu. lawa betul..

NorNaza berkata...

kaler jer..nak tempah?? boleh ..hehe

Catat Ulasan