-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-03-18

Sayonara Toyama...

Akhirnyer hari yang ditetapkan telah tiba untuk kami mengucapkan sayonara...Seawal pagi bangun ( walaupun tido pukul 4.30pg..huhu..) untuk sambung menyiapkan saki baki keje2 mengosongkan rumah dan sampah2 yang bertimbum tu..nasib ada makcik yang incharge sampah tu tolong sama2 ngesahkan pembahagian sampah tu..kelam kabut jugak maklumlah nak tinggalkan rumah buat selama2nyer ni ...huhu..

Suasana rumah tamu yang telah dikosongkan, hanye tinggal barang2 yang dari hak syarikat aje..sedih sangat rasanyer...banyak kenangan walaupun 2 tahun tinggal sini.

Bergambar kenangan dalam rumah ini...

Pukul 2.19ptg masa untuk kami say bye2 pada Toyama...dengan ditemani dengan kawan2, jiran2 dan adik2 student..Nak jadi rezeki hari ni sekolah anak2 ni balik awal pukul 11pagi sebabnyer meraikan murid2 tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah itu, jadinyer dapatlah kawan2 Mifzal hantar ke stesen. Sebelum naik keretapi famili Tanaka, Nakaichi dan Nakamura kongsi duit untuk belanja kami lunch. Terima kasih yang tak terhingga...banyak sangat duit yang dah berhabis untuk kami....


Bersama dengan jiran2 yang datang menghantar kami ke stesen, sangat terharu dengan keprihatinan orang2 Toyama....sangat terharu..
Kepada makcik Yoshino dan Tanimura san terima kasih bagi hadiah yang berupa wang kepada kami. Alhamdulillah bile convert ke rm malaysia lepaslah sebulan nak makan...
Ade lagi beberapa hadiah yang kami dapat last2 minute ni...hontoni arigatou...dan lebih terharu dapat dua pucuk surat dari Yoko san dan Sachiyo san. Penuh bermakna dan terharu dengan mereka berdua. Yang lebih terperanjat Sachiyo dan Yoko menggunakan bahasa inggeris + malaysia..huhu...sayang sangat dengan kalian...

Aoyama san pun ade bersama...cantik bergaya suami isteri ni...terima kasih sudi luangkan masa untuk kami..

Disebelah kanan, Tanimura san (ketua blok) dan Tanaka san...terima kasih atas segalanyer..tahun ini kami tak dapat nak join sukaneka Tachideemachi lagi...huhu

Masa ni sedang menunggu keretapi..memang tak dapat menahan air mata..semua pakat nangis dan berpeluk2..teringat masa mula2 nak turun sini kes yang sama jugak nangis dan peluk2 dengan ahli famili..tapi kali ni lain sikit...pemergian terus dan mungkin agak sukar untuk kembali ke sini lagi....watachi tachi zutto tomodachi!!!!



Wajah-wajah sedih Mifzal yang teringatkan kawan2 sekolahnyer terutama yang bersama2 pergi dan balik ke sekolah. Kata Sachiyo san cuti musim spring yang akan tiba nanti dia akan bawak Arata ke Disney Land untuk bagi seronok...sebab selalu kalau ade cuti2 panjang mesti ade ajer aktiviti bersama...tapi kali ni dah takde lagi....huhu
Citer tentang Ikmal pulak.. patutla dia takde perasaan langsung nak balik Malaysia ni, rupa2nyer dia ingatkan pergi balik bercuti ajer dan akan balik ke Jepun. Bila diterangkan betul2 barulah dia terkejut!!!..Memang tak prihatin langsung budak bertuah tu...


Yang orang dalam gambar ni memang tersangat melampau....dari sebelum naik keretapi..dalam keretapi..dah sampai Kyoto pun sama jugak....
Sampai di Kyoto lebih kurang pukul 5.30ptg, sempat berjumpa dengan kawan2 dari Malaysia...sama2 dinner malam tadi..
Malam ni kami tido semalam di hotel Kyoto dan pagi2 esok dalam pukul 6.30pagi akan checkout..
InsyAllah kalau berpandu pada tiket penerbangan kami akan sampai KLIA pada pukul 7.30mlm.....berjumpa pulak dengan citer2 di Malaysia!!!
Rindu nak jumpa wajah2 kesayangan di kampung...tunggu dan nantikan kepulangan kami....

Semoga perjalanan kami untuk sampai ke destinasi yang sebenar akan berjalan dengan lancar. Doakan perjalanan kami semoga semua selamat....Ameen...

0 ulasan:

Catat Ulasan