-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-03-05

Shinjo Shogakko Badminton Team

Semalam adalah hari terakhir ayah join badminton under Shinjo Shogakko ni. Diadakan setiap hari Khamis. Yang team ni ibu takde join sebabnyer semua yang main handal2 belaka...tak sesuai dengan diri ini yang main gelak2 dan menjerit2 ini...huhu..(macam budak2...) Ibu biase join yang hari Isnin tu under team lain. Nama team tu Yanagimachi Shugakko. Ayah ni special sikit dua-dua team disapunyer ...jadinyer seminggu dua kali mesti dia turun main! Pulun main betul2 kat sini...tak rugi pun, badan pun jadi sihat..kalau balik Malaysia nanti memang tak gerenti dapat ke ulangi kehidupan yang sihat macam disini....

Pakcik2 yang dah berumur yang rajin turun bermain tu!! Masih lalu lagi nak melompat2 macam orang muda...ade 3 student Malaysia dlm tu yang baru jer joinnyer... (Murni cam tak sapa dalam tu?? hehe...tapi yang sorang lagi tu tukang ambik gambo...huhu)


Aksi-aksi sedang bermain..huhu...sedihkan ayah nak tinggalkan team ni..dan juga team yang lagi satu tu nanti...huhu. Banyak sebenarnyer memori kami sefamili disini yang kami rasa sangat2 sedih untuk tinggalkan bumi sakura ni. Pengalaman 2 tahun tu rasa macam sekejap jer....tapi kalau dah lama2 sangat macam kawan kita Murni tu rasa dah lain pulak yer...rasa melompat2 nak balik ye tak....

"Hujan emas dinegara orang...hujan batu dinegara sendiri.....lebih baik negara sendiri.."

0 ulasan:

Catat Ulasan