-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-03-25

Salam bersua kembali.....

Salam bertemu kembali..setelah hampir seminggu tak bersua dialam maya ni. Memang sangat2 nak keudara tapi line tenet takde kat rumah ni..baru jer apply tu yang dapat guna ni. Pada kawan2 yang cuba hubungi no phone nor tu mintak ampun mintak maap sebabnyer tipon tu tertinggal di hotel Kyoto masa menginap semalam disana...huhu...tapi kawan disana dah tolong ambikkan..lega selamat dah ade dalam simpanan kawan tu...Terima kasih pada Athari sebab dah susahkan terpaksa pergi ke hotel tu..

Alhamdulillah perjalanan kami ke tanah air berjalan dengan lancar...terima kasih pada semua yang mendoakan perjalanan kami dan sudi share bersama2 kisah kesedihan meninggalkan rumah kedua kami di Jepun tu..huhu..
Kami selamat sampai pada Jumaat lepas (19hb Mac) pada pukul 7.15malam. Transit di Kota Kinabalu sejam...kalau tak boleh lagi cepat sampai...

Malaysian Airlines



Masa2 terakhir untuk kami ucapkan selamat tinggal Japan...kenangan indah yang tak mungkin kami lupakan...

Sebelum tu nak share jugak pertemuan yang terakhir kalinyer kami bersama2 dengan sensei anak2 di sekolah Yanagimachi ni. Mikami sensei (guru kelas Mifzal) yang arrangekan untuk kami berjumpa dengan Guru Besar sekolah. Kata Guru Besar yang sangat sedih atas kehilangan dua beradik disekolah itu.
Bersama2 dalam gambar ini adalah Nakamura sensei, Mikami sensei, Nagamori sensei dan Guru Besar sekolah. Semua tinggal kenangan disini...sedih jugak rasanyer bila terpaksa melangkah keluar dari sini..tapi anak2 ada tanam satu impian..kata mereka satu hari nanti nak datang sini lagi nak belajar kat Toyama.....huhu...seronok bila dorang ade impian macam tu..

Yang ni pulak bergambar bersama2 dengan sensei2 ayah masa dia belajar bahasa jepun selama 6 bulan dulu. Dapatlah jugak bertemu dengan sensei2 ni sebab dah datang Kyoto menginap dihotel sana. Ni kira nak jadi rezeki dapat jumpa sebabnyer dorang semua tak balik lagi...padahal dah pukul 7 malam masa tu..

Bersama dengan Wanniwat (org Thai) yang juga sama programme macam kami. Rasanyer dia keluar dari bumi Jepun ni minggu ni kot..masa ni dia datang ke hotel untuk berjumpa buat terakhir kalinyer..dan yang sorang lagi (berbaju putih) adalah Athari (org Mesia) yang kini bekerja di HQ Kyoto. Terima kasih yer tolong ambikkan handphone yang tertinggal tu...jasa dikenang!!

Hotel tempat kami menginap...


SAYONARA JAPAN.....

0 ulasan:

Catat Ulasan