Di Jepun ni ikutkan macam2 festival yang ada, kekadang tu rasa macam tak perlu jer dinamakan satu festival sebab rasa macam takde mendenyer...tapi itu kata kita orang asing ni tapi pada mereka mungkin ia adalah satu adat dari zaman nenek moyang diorang kot agaknyer.
Macam semalam 03hb Mac adalah hari "Girls Day" atau "Doll Festival". Memang banyak nampak kat merata2 supermarket ada jual set patung2 yang terdiri dari maharaja, permaisuri, pelayan dan mengenakan pakaian tradisional mereka. Entah apa tujuan patung2 tu dijual dan bersangkutan dengan festival ni pun waallah hualam...idakle teman tau pulak tapi yang pastinyer rege yang dijual memang mahal yang teramat!!!!
Biarlah itu adat diorangkan......
Ini semalam punya aktiviti, kasi regek sama dua sahabat tu. Diorang teringin nak cuba rasa pakai tudung macam mana, jadinyer semalam jemput diorang tu datang rumah dan makan tengahari sekali.
Nampak tak keayuan wajah wanita jepun bertudung tu...pakai baju muslimah made in Malaysia lagi. Baju tu ibu hadiahkan pada mereka berdua, baru je sampai pos Isnin lepas. Terima kasih pada Kak Ana (biras) yang susah payah cari dan belikan baju tu. Ngekek@gelak jer diorang dapat merasa gaya seorang wanita islam.
Inilah "Girls Day" kami...Yer kami akan jadi sahabat selamanyer walau nanti ibu dah balik kampung, banyak diorang tau dah bab2 islam ni. Waktu solat pun diorang mintak kebenaran nak ambik gambar, katanyer nak buat kenangan gaya perempuan islam bersolat...ibu kata takde masalah boleh ajer....dorang pun hormat dengan agama kita..itu yang rasa serasi sangat dengan dua sahabat ni.
Semalam ibu keluarkan semua tudung2 yang bawak kesini untuk bagi diorang pilih buat kenangan, bukan nak suruh diorang pakai kat kepala (nanti menjerit plk laki masing2 apa halnyer plk bini aku dah pakai tudung...huhu...) nak suruh diorang pakai kat tengkuk buat satu fesyen. Suka jer diorang....memang sebelum ni pun ade simpan niat nak bagi sehelai tudung pada diorang untuk dijadikan kenangan.
Ini menu tengahari semalam. Sachiyo san yang prepare dari rumah dia dan masukkan dalam bento box untuk dimakan bersama2. Nampak la tu ada tiga jer bento box..hehe..Nama menu ni "chirashizushi". Menggunakan sushi rice bersama dengan mixed igredients yang lain. Bahan2 dalam tu ada yang masak dan ada yang mentah.. Fuhhhhh memang sedap..i tell you!! nampak fresh jer kan dengan sayur yang hijau2 tu.. Dikatakan chirashizushi ni popular dimakan semasa Girls Day ni. Ibu pun ade jugak masak, diorang teringin nak makan daging masak merah dan puding marble. (puding ni sebab pernah nampak dalam blog ni..huhu)
Ni pulak snek yang hanyer dijual ketika festival ni. Yang ni Yoko san bawak bagi rasa. Selain tu dia bawakkan kek cheese bluberry.
Rasa seronok sangat bila dah dapat tunaikan keinginan dua sahabat tu nak merasa pakai tudung macam mana walaupun sekejap jer...
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
2 ulasan:
comelkan nihon jin bertudung..
mula2 tu diorang rasa pelik jer tengok muka sendiri bile pakai tudung tu..hikhik...
Catat Ulasan