Sabtu lepas kami 4 beranak pergi klinik nak ambik vaksin influenza. Ini kali kedua kami ambik vaksin ni di Jepun. Tahun lepas pun bulan Nov jugak...dekat sini bila nak masuk musim sejuk ramai orang yang mudah terkena selsema dan demam panas, jadi salah satu ikhtiarnyer ialah dengan mengambil vaksin ni diklinik2. Vaksin ini digalakkan ambik terutama pada kanak2 sebab diaorang ni mudah sangat terkena jangkitan. Untuk budak2, vaksin ni perlu diambik 2 kali. Jadi 28hb Nov nanti ibu kena datang lagi. Yang baru ni bebudak berdua ni kena cucuk lengan sebelah kanan nanti next sebelah kiri pulak...
Tengokla si Ikmal senyum je lepas kena cucuk...tapi sebelum nak pergi tu macam2 alasan dia buat!!
Mifzal pulak takde hal...dah besar pun!!!...dia la tukang bagi semangat kat adiknyer..katanyer bila cucuk ni boleh sihat dan bagi kuat lari..hehe..
Tapi untuk vaksin H1N1 belum lagi ada stocknyer...dengar cerita untuk budak sekolah tahun satu dan dua pada bulan Jan tahun depan akan dikeluarkan, jadi kami sekeluarga ambik vaksin influenza yang biasa je. Kos seorang ¥3000 (lebih kurang rm105). Ini klinik yang kawan ibu rekemen sebab murah sikit berbanding klinik2 yang lain.
Ni bergambar didepan klinik..dekatnyer dari rumah.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan