-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-11-10

Sho-myo Water Falls

Destinasi kedua selepas ke Raicho Valley...iaitu Sho-myo water falls. Memang jalan sungguh hari tu, bukan lama pun sekejap2 je nyinggah...hehe...kebetulan dah dekat sangat dengan water falls tu lebih kurang 12km lagi nak nyampai ke situ. Jom jamu mata...

OK jom kita pegi water falls!!!

Cantik tak kalau ade rumah ditepi lereng bukit macam ni???... Ini salah satu pemandangan nak ke water falls

Ayah suka view ni...katanyer "dihujung sana ade cahaya kegemilangan".. konon2nyer la tu

Zannen...kecewa sikit la tengok pemandangan di air terjun ni sebab kawasannyer dah banyak daun2 yang gugur. Nampak bolen je...tak cantik sangat. Selalunyer kawasan yang sejuk memang cepat luruh daun2nyer!!. Mengikut kata orang air terjun ni adalah yang tertinggi di Jepun yang mempunyai ketinggian 1400meter.

Jom kita buat comparison kawasan ni bila masa musim summer.
*
*
*
*
Ni last year tahun 2008 masa summer. Masa ni kami dah sampai betui2 atas puncak dan dapat rasakan tempias air terjun tu...

Memang cantik kalau kawasan ni dipenuhi dengan daun2 yang menghijau.. kalau semua daun2 tu dah luruh jadi macam gambar yang kat bawah ni la..
*
*
*
*

Kan nampak macam kegersangan je...suram..sebab pokok2 dah tak berdaun!!. Kali ni kami tak pegi sampai puncak air terjun tu pun sebab kesuntukan masa. Sekarang dah cepat gelap..pukul 4.45ptg dah malam.

Berjalan dan terus berjalan...Budak bertuah 2 orang ni, sejuk2 masih nak makan ais krim!!

Ibu suka gambar ni...dimata ni nampak macam unik!!!


Masa seakan mencumburui....suasana pun dah semakin nak gelap..apa lagi jom kita balik.

1 ulasan:

Watierman berkata...

Bestnya...jalan2 dengan family....huhu..bila keta nak siap ni...
Kenangan INdah...seindah pemandangan alam!!!

Catat Ulasan