-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-11-26

Menginap di Hotel

Janji dengan Yoko san pukul 6ptg akan jumpa balik di Shin Osaka station, kelam kabut jugak dari USJ rasa macam tak puas je lagi, malam pulak cepat.. pukul 4.45ptg dah gelap!! Dengan orang ramainyer dalam train jangan cakaplah...cuti 3 hari ni memang ramai manusia yang turun ke Kyoto, sebab utama nak tengok mominji. Kyoto adalah negeri yang cantik bila menjelang musim Authum ni.

Kami pekena okonomiyaki dan yaki soba untuk dinner malam tu. Yoko san belanja!!..kedai tu kawan dia yang rekemen katanyer sedap!!

Inilah famili Yoko. Anak2 dia pun dah besar panjang!!


Malam tu kami menginap semalam di Hotel Oks Shin Osaka. Yoko san survey 2 minggu sebelum kami kesini. Boleh dikatakan banyak hotel yang dah full!!..semua dah booking lagi awal dari kami rupanyer. Kebanyakan yang kosong hanye bilik untuk 2 orang aje!! Untuk 4 orang punyer full!!!. Jadi terpaksa booking untuk 2 bilik. Ibu tidur ngan Mifzal dan ayah tidur ngan Ikmal!!...emmm.tak seronok..tak seronok.. Sama jugak ngan Yoko san, dia pun terpaksa booking untuk 2 bilik jugak!!.

Malam tu Ikmal dah agak panas badan dia, nasib spare ubat!!..memang selalu macam tula nak jalan jauh macam2 ubat yang ibu bawak...bukan apa..standby je!! Dia lebih rapat ngan ayah dia...nak tido pun ngan ayah, nak makan pun nak duk sebelah ayah..boleh kata apa saje mesti nak ngan ayah!!..malam tu dah lah ibu seperate tido ngan dia...memang risau sebab badan dah mula nak demam tu!!..pagi tu dalam pkl 7 ibu bawak dia duk sekali dalam bilik ibu, sian ayah dia tak dapat tido nyenyak terpaksa jaram kepala anak!!..kita bagi can ayah tido lena pulak..
Tapi pagi tu dah kurang panas!!..alhamdulillah...


Bergambar kenangan diluar pintu hotel bersama famili Yoko san.

Kesian anak ibu...nak jenjalan pun tak best kepala berat!!..


0 ulasan:

Catat Ulasan