Akhirnyer rancangan nak bawak anak2 kesini kesampaian jugak. Inilah kisahnyer pada hari Sabtu lepas kami sefamili pergi bercuti ke Osaka dan Kyoto. Kebetulan cuti hingga hari Isnin jadi ambik peluang bercuti kesini selain dari tu nak jumpa kawan2 sekerja dari Murata Malaysia yg sekarang ni berada di Kyoto ( skrg sedang belajar bahasa jepun selama 6 bulan ) under same programme macam kami ni. Sebenarnyer ibu sefamili pergi bercuti sekali dengan Yoko san family. Pagi Sabtu tu kami naik keretapi sama2, sampai aje kat stesen Osaka kami berpisah haluan sebabnyer diorang tak pergi USJ, diorang pergi ketempat lain. Malam tu kami janji jumpa balik sebab kami menginap di hotel yang sama. Next day tu baru kami jalan sama2...
Apa2 pun jom kita layan gambar2 sekitar USJ ni.
Sebelum beli tiket nak masuk kita bergambar dulu kat glob gergasi tu...tapi orang yang ambik gambar tu tak fokus betul2 kat perkataan tu la.....Apa perkataan tu????
Sekitar pemandangan di USJ. USJ ni lebih kurang macam adik beradik Tokyo Disney. Tapi disini banyak berlatar belakangkan bangunan2 ala2 inggeris, tapi yang di Tokyo Disney tu bangunan2nyer ala2 kartun!!.
Ada pertujukkan disekitar jalan tu..sambil lalu ambik je gambar tak layan pun sangat tarian tu!!...malas la!!..
Cantikkan bangunan ala inggeris ni!!..Kalau orang tanyer pendapat kat ibu mana yang best antara Tokyo Disney dan USJ...dah sah2 ibu akan jawab tempat ni sebab bangunan2nyer terlalu unik dan permainan pun best2!!
"Jurasic Park"..tak masuk pun..sebabnyer dah bagitau amaran sapa2 yang masuk sah2 akan basah teruk!!..jadi kami tak ambik risiko ni..naya je nanti basah kuyup!
Ada pulak awek2 jepun ni yang terbekenan ngan Mifzal..nak bergambar sekali. Kalu nak tau itula rupa uniform sekolah menengah atas (High School) disini..seksi kan?? Hari tu dah jadi isu kisah uniform diorang ni dalam TV mengatakan yang sengaja menyingkatkan skirt tu!!..kata nak ambik action tapi tengok sama je...
"Waterworld"..yang ni kami dalam studio tengok aksi pelakon2 inggeris sedang buat penggambaran citer perang... Layan gambar2 kat bawah ni..
Tertipu rupanyer kita2 ye...dalam studio ni pusing2 situ jugak..kalau nengok dalam movie tu macam luas je tempat... padahalnyer????
Perut lapar nak makan apa?? Pusing banyak tempat tapi semua tak boleh makan!! Nasib ada satu restoran ni...bergambar depan restoran... Apa menu lunch kami???
Selamat tinggal USJ...sebelum keluar jumpa pulak signboard ni..date ni sebagai kenangan kami yang dah sampai pada hari tu!
0 ulasan:
Catat Ulasan