Hari ni anak2 ibu tak pergi sekolah. Dua beradik ni ada selsema ngan batuk. Memang ingat plan hari ni nak bawak pergi klinik. Tapi ayah tak dapat nak ambik emergency leave sebab ada kerja penting nak kena siapkan hari ni. Pagi tadi telefon Sachiyo san dan Yoko san bagitau yang dua beradik ni tak pergi sekolah sebab ada selsema dan batuk, sebabnyer bebudak dua beradik ni pergi sekolah sekali ngan anak2 dorang dalam satu grup yang sama.
Memang orang2 jepun ni terlalu ambik berat bab2 sakit ni bukan sahaja demam kalau selsema pun memang pihak sekolah tak bagi datang sebab nanti takut berjangkit. Alkisahnyer Ikmal memang dah demam dari hari Sabtu lepas tapi bila bagi makan ubat demam tu hilang, then bila menjelang malam demam balik...bagi ubat then OK balik, semalam pun sekolah macam biasa. Memang di sekolah tu dah ada budak yang terkena kuman influenza ni. Last two weeks darjah 5 dan 6 cuti seminggu. Dan minggu ni pulak darjah 2 ada seorang budak yang kena jangkitan kuman ni. Start dari minggu lepas hari2 pergi sekolah kena pakai mask!!.
Kebetulan Sachiyo san ofer diri nak tolong ibu bawakkan Mifzal ngan Ikmal ke klinik, dia risau takut kena demam influenza tu.
Apa lagi dalam klinik tu terpaksa duk dalam bilik berasinganla sehingga keputusan disahkan betul ada jangkitan tu. Mula2 nurse tu ambik keterangan bila start demamnyer, then cek suhu badan. Mifzal 36.6 celcius dan Ikmal pulak 38.0 celcius. Ikmal ada demam sikit!!
Selepas tu cek dada...lepas cek dada ada nurse lain pulak datang suruh hembus hidung nak ambik sample hingus. Selesai sample diambik ibu ngan Sachiyo kena tunggu lagi dalam bilik kuarantin tu sehingga dapat keputusannyer.
Selepas tu datanglah doktor tadi mengesahkan yang anak2 ibu ada dijangkiti kuman INFLUENZA ni !!!..Ya Allah betui ke ni!!!...masa tu tau aje la terkejut bukan kepalang!!!..Katanyer Mifzal agak tinggi peratusan kumannyer berbanding dengan Ikmal, tapi masih dalam tahap yang tidak merbahayakan. Jadi anak2 ibu dapat cuti sehingga Jumaat ni, dan start sekolah balik Isnin depan.
Balik dari klinik tadi dah suruh makan ubat dan sekarang dua beradik tu dah lena tidor. Kepada kawan2 dan kelurga diluar sana doa2kan lah semoga dua beradik ni cepat sembuh dan boleh sekolah hari Isnin depan!!.
0 ulasan:
Catat Ulasan