Gembiranyer dapat buat sendiri takoyaki ngan okonomiyaki ni. Hari tu ade tengok menu okonomiyaki kat rumah Emi terus teringin rasa nak cuba..tapi tak buat2 jugak...sehinggalah Sachiyo san ofer nak ajar buat okonomiyaki ngan takoyaki ni. Buat pun kat umah dia hari Rabu lepas. Pagi tu kami sama2 beli barang2 kat supermarket.
Ni bahan2 nak buat takoyaki..ada udang, sotong putih, sotong kurita, ( semua tu direbus dahulu) tepung khas untuk buat takoyaki dan telur. Kemudian Sachiyo san ada tambahkan "tepung tempura". Telur dan tepung tempura tu dicampurkan sekali kedalam adunan tepung tu. Senang dan mudah buatnyer!!
Yum-yum...bila dah siap bolehlah taruk sosnyer...makan panas dimusim2 sejuk ni memang best!!..Kalau sapa2 yang kreatif bolehla tabur apa2 yang patut lagi... Jom kita makan!! Untuk pengetahun satu pek tepung takoyaki ni (200grm) boleh dapat dalam 32biji..
Ni menu kedua buat hari tu...iaitu okonomiyaki. Bahan2 sama jugak macam takoyaki tadi..cuma tambahkan sayur kobis dan pakai tepung khas untuk buat okonomiyaki ni. Kemudian satukan bahan2 dan dikacau2 menjadi sebati.. Kemudian bolehla tuang adunan kedalam hot plate yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak, buat macam bentuk murtabak tu..Tunggu sehingga betul2 garing dan dibalik2kan...
Inilah rupa okonomiyake yang dah siap masak..actually ibu dah potong2 kemudian cantumkan jadi bulat sebab nak ambik gambo punyer pasal!!..lepas tu bolehlah taruk mayonis.. Confirm memang sedap!!..
Ni rupa packing tepung okonomiyaki tu. Cara2 nak buat boleh refer je kat belakang packing tu.
0 ulasan:
Catat Ulasan