Minggu lepas ayah ada jumpa exboss dia, Mr.Nishino (Factory Manager) dari Hakui Murata (NDK) datang ke Toyama Murata (TMC) buat proses visit. Dulu dia pernah bekerja di Murata Malaysia (MME) dari tahun 1994-1997 (lebih kurang..)..masa tu nak setup MME masa mula2 ditubuhkan.
Dia ada bagi cadangan untuk tambahkan ilmu pengetahuan dia suruh ayah buat proses visit ke Hakui Murata dan Anamizu Murata. Anamizu Murata (ADC) membuat produk yg sama dengan produk yg di Malaysia (Chip Coil). Manakala Hakui Murata membuat produk kebanyakannyer sama dgn Murata Thailand (MTL). Antaranyer Piezo Buzzer, Piezo Speaker dan shock sensor.
Mula2 pegi Anamizu. Perjalanan dari Toyama ke Anamizu ambik masa dalam 2 1/2 jam. Dari Anamizu berpatah balik ke Hakui dalam sejam perjalanan... Pegi tempat yg jauh dulu....
Ni salah satu produk yg dibuat oleh Hakui Murata. Ini adalah sensor yg berfungsi sebagai auto switch. Sebagai contoh, kalau kita masuk ke bilik automatik lampu terpasang..
Ni salah satu process operator sedang cek produk guna scope. Baju yg dipakai pun udah macam orang nak ke bulan. Baju ni dipakai untuk mengelakkan habuk2 yg dihasilkan dari baju yg dipakai atau rambut gugur..cuma nampak mata je.
Mintak maap ye..gambar produk dan proses2 yang lain tak dapat nak share dlm ni sebab itu adelah rahsia syarikat....
Jom kita tukar citer pulak....kita tengok apa lunch tengahari dorang je la...
Dari kanan, Mr.Nishino..dah tua aje rupa dia..hehe...dulu datang MME muda aje rupa tu!! sebelah dia tu anak buah dia.
0 ulasan:
Catat Ulasan