-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-11-11

International Exchange Festival

Ni citer hari Ahad lepas, memang tak tau pun ade festival untuk foreigner2 ni, kebetulan ayah call Faiz (salah sorang student sini) nak tanyer kan pasal hal lain lepas tu dia cakap hari tu ade festival ni. Diorang ade buat persembahan jugak dan ade buat jualan sikit.
Bertempat di bangunan Toyama International Center (CIC Building), festival ni adalah salah satu programe dimana foreigner2 yang bermastautin di sini membuat persembahan & kebudayaan dari negara masing2..tuan rumah pun ade buat jugak, kami pun sampai lambat jadi tak dapat tengok keseluruhannyer...sampai adik2 Malaysia kita buat persembahan pun terlepas..tapi nasib dorang ade ambik video dapatlah tengok jugak melalui FB.



Dari negara Brazil

Dari negara Jepun

Dari negara Korea.

Ini je yang sempat ambik sebab sampai dah lewat, tak taula dari negara mana lagi yg ade buat persembahan.


Yeah...ni dia warung "Malaysia"...aktiviti jual2 dan memperkenalkan makanan2 Malaysia.. Jom tengok apala menu yang dijual hari tu...

Ade sup udon (¥250,RM8++) roti john (¥250,RM8++) dadih (¥50,RM1++) roti jala (¥200,RM7) jemput2 pisang (¥100,RM3++). Meriah kan???

Kami pun nak tumpang bergambar sekali la..

Kata Mifzal ngan Ikmal roti jala ni best!!..oishii katta.

Hari tu suara Anim dah macam Ella.. terlebih buat concert kot!!..hehe


Ada pulak mamat lawak jual ais krim ni. Emmm...lupa la dari negara mana mamat ni?? Pandai dia buat lawak spontan ketika customer nak beli ais krim..tengokla Mifzal gelak sebab terkena ngan mamat ni...bila nak ambik ais krim tu tak lepas2. Tengokla batang panjang tu...berpusing2 dibuatnyer, cayalah sambil beli ais krim ade pulak hiburan!!

Yeah..akhirnyer!!!...

Anim pun terkena gak!!

Sedapnyer mamat 2 orang ni makan ais krim !!

Suasana diluar dewan persembahan tu...


0 ulasan:

Catat Ulasan