Terima kasih pada 2 sahabat dari Murata Malaysia (MME) ni, Mr.Lee dan Ms.Tang yang terpaksa curi2 masa untuk berjumpa dengan ibu dan anak2. Rabu lepas, diorang turun ke Toyama Murata atas urusan kerja. Banyak destinasi yang diorang kena pergi (area Jepun) dan pagi Khamis semalam diorang dah kena bergerak ke destinasi lain pulak.
Dengan ayah, memang dapat jumpa sebab diorang datang ke Toyama Murata. Ikutkan memang tak plan nak jumpa ibu ngan anak2 sebab kesuntukan masa tu.. Semalam Mr.Lee tu plan nak jumpa diluar aje sebab diorang ade dinner ngan staff yang lain termasuk la ayah. Cadangnyer selepas dinner tu depe berdua nak berjumpa la pulak ngan ibu dan anak2...nak tengok kami ni happy ke tak duk sini...hehe...gemuk ke kurus...hehe... Dari kanan Mr.Lee, Ms.Tang (MME) dan chinese girl yg sebelah ayah tu dari (MES) Murata Singapore, tapi orang Ipoh. Kira satu negara la..berkhidmat aje kat Singapore. Under business trip yg sama.. Bergambar diluar 100¥ shop, sempat depe rembat barang2 100¥ nak bagi kat staff2 bila balik nanti!

Selesai dinner diluar tu pukul 9.00mlm....pikir2 balik anak2 memang tido time tu nanti meragam pulak jadi ibu dan ayah discuss (discuss dlm phone..) suruh diorang datang rumah aje...
Apa nak bagi diorang makan ni???? Jam pukul 7.00malam...luar sana dah gelap pekat..nak tak nak kena kayuh basikal la gelap2 ni pegi supermarket jap. Blurrr....pikir nak bagi makan ringan2 aje la kot..sebab diorang pun tengah dinner kat luar sana. Terus nampak pisang......

0 ulasan:
Catat Ulasan