-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-11-24

Kek Coklat Kukus

Kek ni buat Jumaat lepas lagi tapi tak berpeluang nak update, konon2nyer nak bawak makan dalam keretapi masa nak pergi bercuti hari Sabtu lepas..

Resepi ni diintai dari rumah Murni yang duk kat Yokohama tu..tapi sekarang ni dia balik bercuti ke Malaysia..rasanyer hujung minggu depan kot dia balik ke sini, sakan betui dia duk sana hampir sebulan..dapat sambut raya haji lagi kat sana..jeles betui!!..

Resepi asal kek ni sebenarnyer tak bertopping tapi dah diubahsuaikan ada topping. Mintak maap ye Murni, akak memandai2 nak buat topping pulak. Dan jugak kononnyer kacang chewsnut tu nak dimasukkan sekali dalam adunan ( ni kes memandai2 jugak la..request dari ayahnyer...) tapi dah terlupa daaa......apa lagi main tabur je atas topping tu!!!



Bahan-bahan
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsd baking powder
1 tsd soda bicarbonate
3 biji telur

*****
Topping
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar



Cara-cara
1) Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak kedalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

2) Tepung, soda dan baking powder diayak satu.

3) Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.

4) Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.

5) Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejukkan.

6) Untuk topping, campur semua bahan dan masak secara double boiler kemudian curahkan ke atas kek yang sudah sejuk tadi.



0 ulasan:

Catat Ulasan