Selepas checkout dari hotel dalam pukul 9.30pagi, kami 2 famili ni menuju ke Arasyiama. Arasyiama adalah salah satu destinasi yang perlu dikunjungi bila menjelang musim Authum ni, ibu pun tak tau apa yang menarik kat sana. Sesampai aje disana kami terus menuju ke salah satu restoran yang dikatakan popular dengan menu "Soba". Restoran ni Yoko san yang book reserved seat seminggu sebelum kami sampai kesini sebab katanyer kalau tak booking alamat memang tak berpeluang la nak merasa soba disitu. Time booking adalah dalam pukul 10.30pg itu aje time yang kosong sebab time2 lain sudah penuh orang booking jugak!!
Ternyata bila sampai aje kat situ tengok orang2 tengah beratur panjang!!..tapi kami 2 famili ni dengan eksen je dah boleh masuk sebab dah booking awal!!..Nasib Yoko san buat reserved seat at least dapat jimatkan masa dan takdelah letih beratur panjang!!..Restoran lain pun sama ramai jugak!!
Sedang menikmati soba yang tengah panas ni!!..cuaca sejuk macam ni bila makan benda2 panas beserta dengan green tea memang layan.....
Selesai makan ambik gambar diluar restoran..mengikut kata Yoko san restoran ni telah lama ditubuhkan dan sobanyer memang popular dikalangan pengunjung disitu!
Kami bergambar berlatar belakangkan Gunung Arashiyama. Rupanyer kaler2 merah daun di gunung tu tak sepenuhnyer lagi bertukar, baru dalam 60%.
Bersama famili tersayang....Kata orang bila menjelang musim bunga pun memang cantik dipenuhi dengan bunga sakura tapi musim ni nampak kosong ke la sebab banyak daun2 dah luruh!!
0 ulasan:
Catat Ulasan