-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-10-30

Warkah buat **B**

**B**..
Kaulah yang memahami ku setiap hari
Sentiasa menemaniku kemana sahaja
Kau begitu mengambil berat tentang diri ini
Tidak kira apa jua dalam keadaan pun
Kau tidak jemu2 dan tidak letih untuk mengikut kerenah diri ini


**B**..

Sehari tak jumpa kurasakan tak sempurna
Macam angau pun ade..mesti nak jumpa

Memang tak pernah aku rasakan kegembiraan sebel
um ini
Tapi sejak mengenali **B** hatiku sikit terhibur

Tapi sedikit masa lagi aku akan kehilanganmu..



**B**..
Taukah dikau jauh disudut hati ini

Dapat ku rasakan kesedihan bila berpisah denganmu nanti
Siapakah yang akan menemanimu nanti???

Ooohhh...sepanjang mengenali mu kau begitu baik sekali

Tak pernah mengecewakan diri ini..



**B**..
Kita harus terima keadaan ini..

Akan kupastikan dikau akan mendapat penganti yang baik
Itu janjiku...dan pasti...
Mungkin lebih baik dariku..dan boleh menjagamu dengan baik
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
huhu.....



haha....**B**..basikal daa...dia la teman ibu kemana saja kalau time2 ayah keje. Pegi supermarket, pegi sekolah anak...kemana saje ibu nak pegi dia boleh bawakkan..

Ini rumah **B**..


Memang terhibur dengan **B** ni..terasa keseronokan bila gunakannyer..sini selamat kalau guna **B**. Kalau kat Malaysia risau sebab laluan khas untuk penunggang basikal takde!!..nanti naya kena sondol!!

Kawan2 **B**...


Satu masa nanti **B** mungkin akan jadi milik orang lain!!..sebenarnyer kami bukanla tuan asal **B**..tuan asalnyer dah berpindah kawasan, jadi dia tinggalkan tanggungjawab pada kami pulak untuk menjaga dia..nanti bile ibu dah balik kampung tahun depan sapa pulak nak jaga **B**??

0 ulasan:

Catat Ulasan