-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-10-07

Taifu

Percaya tak percaya apapun sediakan payung sebelum hujan.. kuasa tuhan mampu mengatasi manusia .. pengalaman pahit yang dialami oleh manusia akibat bencana alam seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi dan sebagainya telah menyedarkan kita betapa maha besarnya kuasa tuhan semesta alam…berdoalah…………………….


Dari kajian cuaca Jepun mengatakan bila beralih musim ni (summer ke aunthum) satu taufan akan melanda negara ini, berbeza dengan tahun2 sebelum ni...tahun ni taufan yang ke-18 agak besar dijangka akan melintas kawasan Toyama esok. Kelajuannyer dijangkakan 15m/saat - 40m/saat, dan Toyama diantara negeri yang paling kurang tempiasnyer..Tapi tak pasti samada pagi atau tengahari. Dan semua sekolah2 rendah dan menengah diarahkan untuk tutup. Lega sikit bila dengar sekolah cuti sehari, kalau tak risau sesangat sebab anak2 takde pengalaman lagi tempuh taufan ni, kalau setakat angin yang kuat tu memang pernah rasa kat sini. Asalnyer ibu dapat berita mengatakan taufan akan melintas Toyama esok melalui Yoko san. Pada masa tu ibu tengah lunch kat luar dengan Yoko dan Sachiyo, tetiba dia dapat msg dari sekolah mengatakan esok sekolah cuti disebabkan taufan. Yoko ni salah seorang AJK disekolah tu, jadi setiap informasi terkini dia akan dapat.
Kata Yoko dan Sachiyo pada tahun2 sebelum ni memang ada berlaku taufan tapi agak kecil sebab tu sekolah berjalan seperti biasa...tapi berbeza pulak tahun ni yang dikatakan agak besar. Risau gak ni...esok ayah tetap keje seperti biasa tak cuti pun....tinggal la ibu tiga beranak je esok.
Malam ni pulak siaran tv tak henti2 bercerita kisah pasal taufan.


Ya Allah Ya Tuhanku lindungila aku anak beranak.... Amin...

0 ulasan:

Catat Ulasan