-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-10-06

Sukaneka Tachidee-machi

Ahad lepas di kawasan Tachideemachi telah diadakan hari sukaneka keluarga. Last year pun ibu sefamili ada join gak. Ada untungnyer dapat kenal kawan2 ibu ni , secara tak langsung setiap aktiviti di kawasan ni kami dijemput untuk join sekali.
Dan mintak maaf banyak2 pada warga2 student Toyama U sebab tak dapat nak join jamuan Hari Raya Ahad lepas. Tak sangka pulak buat tarikh yang sama, kalau buat hari Sabtu kan cantik!! Yang pastinyer itu dinamakan takde rezeki. Jeles tengok menu korang ada sate!!
Berbalik citer sukaneka, program bermula pada pukul 9.00pg dan berakhir dalam pukul 3.00ptg. Memang enjoy giler!!, sebab boleh dikatakan banyak acara yang ibu masuk. Tapi ayahnyer??? Lupakan dulu..

Pembukaan hari sukaneka, dah mcam sukan olimpik pulak ye..
Bersedia untuk berarak..inilah team "san block" (blok ketiga) [team merah] ayah dan anak2 ditugaskan untuk bawak hadiah2 pusingan yang menang last year. Hari ni kena return balik sebab hadiah2 tu mungkin akan jadi milik team kawasan lain. Kawasan Tachideemachi ini telah dibahagiakan mengikut blok tempat masing2 tinggal. Kesemua team bermula dari san block hingga sichi block. (blok 3 hingga 7).

Acara bermula untuk kanak2...team san blok menang no 1!! Yiihaaa!!! Bravo..bravo..hehe...Dapatla Mifzal join satu acara permulaan ni sebab lepas tu dia dan beberapa student lain yg terpilih kena pegi sekolah lain untuk wakil sekolah masuk acara relay (lari berganti2). Terpaksala ayah menyetopkan aktiviti sementara disini sebab nak tengok Mifzal lari kat sekolah lain. Jadi ibu ngan Ikmal aje stay kat sukaneka ni. Good Luck anak ibu!! Bawak berita baik untuk sekolah Yanagimachi!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dah sampai ayah bawak Mifzal ke sekolah sini. Nama sekolah Yasunoya Elementary School. Dengar apa yang sensei ucapkan tu!!

Wakil sekolah masing2 berkumpul sebelum memulakan acara lari berganti2.

Mifzal dan rakan2 lain, wakil sekolah untuk kategori lelaki. Dari darjah satu hingga darjah enam.

Wakil sekolah kategori perempuan. Dari darjah satu hingga darjah enam.
Ok kita tinggalkan diaorang untuk mencuba harumkan nama sekolah. Jom berbalik ke sukaneka tadi...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Salah satu acara sukaneka..giant skipping!! Acara ni ibu masuk..tapi team san block dapat no 4..huhu..

Beberapa acara lain lagi...

Acara untuk warga2 tua Tachidee-machi yang berumur 60 tahun keatas!!. Tengok punyer semangat orang2 tua disini. Masih mampu lagi nak join.

Rakan2 ibu ditugaskan untuk bagi Onigiri.

Saya makan sorang2..abang tak balik lawan lari lagi!!!

Yang ni acara "ikat kaki berlima" bagi kategori perempuan. Join jangan tak join. Team san block dapat no 3..lalalala...jenuh nak ngabihnyer..nasib masing2 tak silap langkah, kalau silap langkah habis semua jatuh macam nangka busuk!!...hahaha...

Acara "ikat kaki berlima" bagi kategori lelaki. Apa daa....kalah wehhh!! San block dapat no last. Adoii ayah pulak yang masuk tu..
Oppssss....lupa nak bagi tau..anak teruna ibu yang wakil sekolah tadi dah bawak berita gembira untuk sekolah, kategori lelaki dapat johan!! Tahniah!!tahniah!!. tapi agak kecewa bagi kategori perempuan, hanye dapat tempat ke empat!..Apapun tahniah kedua2 kategori. sebab dah buat yang terbaik!!

Rehat time....geng2 san block!!
Letih sangat si anak teruna tu. Baru balik dari lawan lari..nanti nak kena lawan lagi bagi team san block pulak!

JOM layan video untuk acara relay bagi kategori sekolah rendah. Ikmal dan Mifzal masuk!!.Anak Yoko san pun ade gak. Nama dia Keta. Jom layan.....Ikmal tu asyik duk pegang tuutttt..aje!!! mesti nak kencing tu!!. Bertuah betui dia ni selalu perangai mcm ni..suka duk tahan2!!..jangan terkejut ye suara ayah ngan ibu paling kuat menjerit...tak sedar diri pulak masa tu.. Take note: Team san block kaler merah.

Walaupun Mifzal dapat pecut potong team2 lain..akhirnyer pelari ke-empat buat spoil..terus tinggal belakang..Sebenarnyer Mifzal ni jadi bidan terjun sebab darjah 3 takde orang, jadi terpaksa pilih Mifzal untuk masuk under darjah 3. Akhirnye san balok dapat no 2. Yang penting hari ni adalah untuk ENJOY!! Ok ye anak2!!!

Dapat hadiah jam..kan best tu!!!

"Kami dari team san block"..bersama Keta. Anak pada Yoko san.

JOM layan video relay untuk sekolah menengah pulak. Sampai kehari ni rasa malunyer huhu.....ibu dipilih untuk masuk jugak sebab san block takde orang!! Terpaksa lawan lari dengan budak2 sekolah menengah!!....Take note: Team san block kaler merah

Kalau dah mak budak ni masuk, nak pulak jadi pelari akhir kena habiskan satu bulatan padang tu..memang jawabnyer tinggal belakangla...huhu......memang lawak gilerr tengok diri sendiri lari...gomen ne osoi katta..
Nasib la ibu dapat habiskan larian tu, bantainyer separuh aje terus gedebuk jatuh lagi malu....adoiii...kelakar betui...masa lari tu rasa lutut nak tercabut pun ada!!. mak budak..mak budak.. Anak2 apa lagi tak henti2 masih gelakkan ibu..katanyer "ngape ibu lari lambat"...
Yang ibu tak boleh lupa tu bila tengok sorang demi sorang duk potong ibu...haha....gomen..gomen...sepatutnyer san block boleh dapat no 3 tapi disebabkan ibu....huhu...terus dapat no last!!!! Tapi biasa la.. bila kita mintak maap kat team kita, depe cakap "tak apa..tak apa..kita dah berusahakan..ini untuk seronok2 je"..berlapik aje cakap..dalam hati gamaknyer ????? paham2 je la!!

Yang bestnyer semua acara hari ni , baik yang kalah pun dapat hadiah!! Jadi ibu bawak macam2 hadiah balik rumah. Nak tau apa hadianhyer...jeng2...kotak tisu (3 kotak), plastik sampah (2 beg), wrapper (4 kotak), ocha teh jepun (2 bngkus), fabrezz (1 botol) ..memang hadiah2 gini best bagi kaum2 ibu!! sebab memang semua ni adalah keperluan seharian...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hingga ke hari ni badan2ku, kakiku dan otot2ku semua sakit...huhu...

2 ulasan:

♥FaTinFazLan♥ berkata...

hehehehehe...sonok nyer kak nor~!!
comel apa akak belari tueee....

NorNaza berkata...

Comel sangat le tu...Udah macam karton lari jea..berat je rupanyer

Catat Ulasan