Sabtu lepas terlaksana jugak hajat hati nak memetik anggur..walaupun musim anggur dihujung2 tapi akhirnyer tercapai jugak.
Kami pegi sekali ngan Faiz dan Anim. Nak pegi sendiri2 tak berapa tau sangat, so gunalah khidmat diaorang berdua ni..Student2 sini dah agak biase pegi petik memetik ni. Ngenangkan next year dah nak balik Malaysia tu yang nak pegi jugak merasa suasana diladang anggur!!
Sepatutnyer kan.....kami ni hanyer boleh petik dan bawak balik anggur2 tu, sebab pakcik anggur tu yang rekemen macam tu. Katanyer sorang caj 1400¥(rm52+) untuk dewasa dan 1200¥ (rm45+) untuk budak2. Kalau kami petik dan makan disitu agak rugi sikit sebab makan tak banyak mana tapi rege yang dikenakan adalah TETAP. Jadi apa yang pakcik anggur yang budiman tu rekeman adalah petik dan pilih mana2 anggur yang sihat dan cantik kemudian setiap gram dicaj hanyer 500¥(rm19) dan kemudian makan dirumah!.
Untuk dapatkan suasana petik dan makan terus..apalagi mana2 anggur yang tak bersarung tu kami makan kat situ. Mintak halal ye pakcik budiman!! Sebabnyer anggur yang tak bersarung tu dah tak berapa elok kualitinyer...yang dalam sarung tu memang gemuk2!! Terjengket2 anak teruna 2 orang ni nak capai anggur!!
Ini adalah anggur yang tak disarungkan dan telah menjadi mangsa kami..kualiti pun dah tk elok tapi sebenarnyer masih ok lagi..ampun ye pakcik anggur!!
Ini anggur yang sihat dan berkualiti! Yang ni kalau petik dan makan kat situ memang cari NAHAS..Kalau nak belila!!! Buat2 tak tau pulak..
Pengusaha ladang anggur yang berjaya...tengokla dressing ayah tu..memang macam peladang je..siap ngan topi lagi!!
Inila anggur yang bentuknyer macam buah tamar, disini ibu nak fokuskan kat kaler2 awan yang cantik tu..ayah jangan nak perasan ye!!
OK..kami dah nak balik, sedang tunggu pakcik tu timbang anggur2 yang dipetik tadi, sambil tu tangan duk merayap ambik sample anggur tu masuk mulut!!. Diaorang yang ofer makan...apa lagi memang lajula..benda sedap!!
Terima kasih pada adik2 ku Faiz dan Anim yang sudi meluangkan masa untuk menemankan kami sekeluarga ke ladang anggur..Jom kita balik pekana ngan mutton beriani pulak...kat mana lagi..kalau bukan Kashmir!!
3 ulasan:
Bestnya Nor..tolong makankan yer!!!
kak, mifzal tu tak control hensem, mmg hensem pun! hehehhehe. seronoknya dpt petik anggur, diyana tak penah pegi lagi.
abih ati la kalau mifzal dengo ni..lebor je gelak nnti!!!.alah takpe next year diana bole petik lg..mcm akak ni nak merasa sbb tahun dpn nak babai dah..
Catat Ulasan