-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-10-02

Karipap

Request dari anak teruna yang sulung, katanyer nak makan karipap. Dah 2 hari duk tunda2 nak buat, hari ni baru le rajin nak tepati permintaannyer...tak patut betui ibu ni!!

Bahan2 untuk doh :
1/2 kilo tepung gandum
1 sudu besar minyak masak / marjerin (yg telah dipanaskan)
Air garam (suam)

Bahan2 untuk inti :
4-5 biji kentang(dipotong dadu)
Ayam / Daging (dipotong dadu / dicincang halus)

Bahan2 A
* 5 tangkai cili kering
* 1-2 sudu besar jintan manis
* 1 sudu besar lada hitam
* 2 kuntum bunga lawang
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1-2 inci halia
* 1 biji bawang besar
Garam, gula secukup rasa

Cara untuk membuat doh :
Uli tepung dengan air garam (suam), tambahkan sesudu minyak masak / marjerin yg telah dipanaskan. Setelah siap diuli ketepikan.

Cara untuk membuat inti :
1) Kisar semua bahan2 A.
2) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar.
3) Masukkan kentang & ayam / daging yang telah dipotong dadu.
4) Masukkan garam, gula secukup rasa. Setelah inti hampir kering masukkan daun kari. Masak sehingga kering.


Layan je la gambar karipap sebelum digoreng ye....terlupa la nak ambik gambar yang dah siapnyer...semua duk sambaq peh tu terasyik pulak makan langsung terlupa..

0 ulasan:

Catat Ulasan