-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-10-28

Authum menjelma lagi..

Sekarang dah masuk musim aki (authum), kata orang musim ni sangat nyaman dan best..sebab cuacanya yang dingin dan segar, tapi sesekali tu kesejukan agak terasa jugak sampai ke tulang...kesejukan berbeza mengikut tempat dan kawasan. Di Toyama ni memang terasa kesejukan tu mungkin disebabkan kawasan disini banyak dikelilingi bukit dan gunung!! Yang best musim ni daun2 mominji (maple leaf) akan bertukar kaler ke warna merah hati. Memang cantik sangat!! Dan ade beberapa spesisi daun lain jugak yang akan bertukar kaler!! SubhanAllah!!! Tahun ini kebanyakan daun belum banyak yang berubah sepenuhnyer...masih kekuning2an...menjelang pertengahan Nov nanti barulah daun2 sepenuhnyer akan bertukar kaler. Jom imbas kenangan musim authum tahun 2007 dan tahun 2008.

Gambar sekitar tahun 2007
Kenangan ayah bersama staf2 Murata dari negara China dan Thailand. Kesemua staff diatas adalah under transferee programe yang sama macam ibu sefamili ni, cuma location yang berbeza di Jepun. Masa ni ibu & anak2 masih di Malaysia sebab 6 bulan pertama tu, ayah kena masuk kelas nihongo. (kelas bahasa jepun)

Inilah daun mominji.

Kenangan bersama dengan Crist. Sekarang bekerja di Tokyo under same programe. Asal dari HongKong. Next year sama2 balik kampung!

Masa ayah kirim gambar2 ni kat Malaysia untuk tatapan ibu dan anak2 rasa macam jeles je tengok!!..hehe..

Yang daun ni tak tukar kaler sepenuhnyer la pulak..masih ade yang kuning2..
*
*
*
Gambar sekitar tahun 2008
Beralih ke tahun 2008, sekarang dah tak jeles tengok gambar2 ayah tu sebabnyer ibu dan anak2 dah dapat menikmati suasana authum jugak...hehe

Untuk pengetahuan basikal tu kami sewa untuk round2 disekitar kawasan situ. Nak jalan kaki lenguh sebab kawasanyer luas sangat...

Dah dapat tengok mominji!!..kenangan last year pada 02 Nov di Taikoyama Land.

Buat pertama kalinyer anak2 menikmati suasana authum. Heran pun idak...cuma yang excitednyer mak budak je!

Posing jangan tak posing!

Rasa macam dalam filem Hindustan pulak..

Cantik betui pokok2 yang berderet2 tu...

*
*
*
Gambar sekitar tahun 2009

? ? ? ? ?

Mana ade da.......belum masanyer lagi. TUNGGU......


2 ulasan:

cicayanki berkata...

kak nor, cantiknye pictures autumn akak!yg 2008 tu kat mane, cantik sgt! romantic gitu. plg cute gmbr akak and abg naza ala hindustan. mimpi la si imran tu nk ambik gmbr mcm tu :)

farah2anim berkata...

salam kaknor~~
dah ok blogny..?
alhamdulillah...=)
jom tambah gambo aki thn ni...
ari selasa planny..
jom p jom~~!=)

Catat Ulasan