-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-10-23

Gakushuu Happyokai (Rehearsal Presentation)

Semalam kawan2 Jepun ni, Sachiyo san dan Yoko san ajak tengok raptai persembahan kat sekolah Yanagimachi ni....Persembahan betul tu akan diadakan hari Ahad ni (25Oct). Persembahan mengikut kelas masing2 start dari tahun 1 hingga tahun 6. Semalam tak ramai mak bapak yang hadir sebab masing2 bekerja..lagipun hanyer raptai aje..bagi kami2 yang sentiasa free ni bolehla nak join tengok... memang sekolah pun mengalukan kedatangan ibu bapa semalam..Pelik sikit kan kalau kita kat sekolah Malaysia mana dijemput tengok kalau setakai raptai je....mesti dijemput masa persembahan yang betul2 ye tak...

Suasana didalam dewan sekolah..


Entah ape yang disembangkan dengan Fujita kun tu. Inilah kawan baik Mifzal selain dari Arata kun. Seminggu sekali mesti mamat kecik ni datang rumah main. Mintak maap cakap ye...buas sikit si Fujita kun ni..hehe


Ni pulak Ikmal yang akan bersiap sedia untuk buat persembahan.


Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah. Inila keseluruhan jumlah murid2 disini. Kalau orang2 jepun tengok jumlah murid2 kat sekolah Malaysia mesti terkejut. Masa Mifzal sempat sekolah di Malaysia dulu dalam 4 bulan sebelum bertukar kesekolah sini, sekolah sana darjah satu pun ada 6 buah kelas. Disini bermula dari darjah satu hingga enam hanye ade satu kelas aje...memang orang2 jepun ni tak ramai yang beranak!!...hehe. Kos hidup yang mahal..

Tak dapat nak fokus gambar cantik2...sebab kedudukan parents jauh sikit. Mifzal yang ade bertanda arrow tu.

Ni pulak si Ikmal, betul2 ngadap sensei. Bila tengokkan lenggok mulutnyer guna video menyanyikan lagu sekolah macam betul je rupanyer!!...Haha...anak ibu dah pandai nyanyi lagu jepun.. Kadang2 rasa sedih bila tengokkan anak2 terpaksa hidup dalam kelompok jepun ni..

Persembahan dari kelas tahun satu. Ikmal memegang watak "neko" (kucing). Setiap murid kena berdialog...Ikmal berada di barisan pertama no 3 dari kiri..

Sedang beraksi dengan nyanyiannyer...sambil melentok2kan badan!!..haha. Anak jepun pompuan yang sebelah Ikmal tu tersangat la cute!!..ibu duk usik dia ngan budak tu, marah sesangat dia..katanyer budak tu berlagak eksen!!...haha.....pandai je dia ngata orang!!

Terpancar wajah Ikmal yang kerisauan masa tu...mungkin takut nak berdialog tu. Lagipun ini tahun pertama dia buat persembahan macam ni. Bila cakap kat dia semalam tu hanyer latihan je...yang betul2 nanti hari Ahad. Masa tu lagi ramai orang...terus marah kata kenapa nak buat lagi!!...huhu...

Beralih ke persembahan tahun dua. Mifzal memegang watak "sakana" (ikan). Sama jugak dengan tahun satu tadi, setiap murid kena berdialog.

Mifzal yang agak spontan melakonkan watak ikan sambil menari2....kira dapat menjiwai la tu...haha...dia dah ada pengalaman last year..jadi takde yang kekok sangat agaknyer.



Persembahan dari tahun dua.


Ni pulak watak nelayan yang dipegang oleh Arata kun dan kenkawan yang lain...Arata kun yang ade arrow tu.


Ini pulak persembahan dari tahun enam. Anak Yoko ada bersama dalam group ini yang ade tanda arrow tu..


Selesai raptai semalam dalam pukul 11.30pg terus ibu dengan kenkawan pergi lunch kat luar. Kami pegi makan suhshi dan miso sup. Memang dari pagi tu ibu tak sempat nak jamah apa2, dapat minum seteguk air je..bila diaorang plan nak makan sushi ni memang suka sangatla ibu..perut pun memang berbunyi2 je..mintak diisi!!

1 ulasan:

♥FaTinFazLan♥ berkata...

yelah..sikit jer pelajar2 kat jepun 2...kalau kat mesiaa..mau tak pengsan suh semua nyanyi kat dlm dewan..ekekeke...kot2 nak muatkn dlm dewan pong xcukup...

Catat Ulasan