-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-10-25

Bazaar preparation

Ini adalah kisah hari Sabtu lepas, nak citer detail pasal ni pun tak berapa tau sangat...Tapi apa yang ibu nampak aktiviti yang dilakukan disekolah budak2 ni adalah anjuran persatuan AJK sekolah tu. Ibu bapa pelajar yang terbabit dalam AJK sekolah ni akan mengadakan satu bazar menjual berbagai2 jenis barangan keperluan. Barang2 ini diperolehi daripada penduduk2 disitu yang rela hati untuk mendermakannyer dan hasil kutipan jualan itu akan digunakan untuk aktiviti2 lain di sekolah ini. Yang bestnyer dan rasa terkejut barang2 semuanyer boleh dikatakan baru dan masih belum dipakai tetapi harganyer tersangatlah murah...ini adalah tahun kedua ibu join aktiviti ni. Aktiviti ini akan bermula operasinye pada hari Ahad (25Oct) bermula dari pukul 11pg hingga 12tgh.

Ibu jugak dijemput untuk bantu menyusun barang2 ni. Bukan paksaan tapi sukarela...best jugak dapat libatkan diri dalam setiap aktiviti dorang ni! Walaupun kita ni orang asing tapi rasa bukan satu halangan nak join..


Barang2 yang nak dijual tu disusun dalam bilik2 darjah dan disusun mengikut kategori masing2...sebagai contoh gambar diatas adalah bahagian barang2an dapur dan keperluan diri...


Yang ni pulak kategori barang2 kaca. Yoko san dan ahli2 sukarela yang lain sedang menyusun gelas2 dan cawan2..


Jeng..jeng..ini dia barang yang ibu target nak beli pada hari Ahad nanti. Sebab aktiviti ni kira pat-pat nyer....sapa cepat dia punyer. Harap2 dapatlah beli pinggan dan jugak mangkuk2 kecil design jepun tu..(yang ade tanda tangan tu..) memang murah sesangat....baru lagi!!.Boleh bawak Malaysia...cadang kalau dapat beli ingat nak buat hiasan je balik Malaysia nanti...chewah..berangan sebelum dapat!! Sebab ape ibu dah ada pengalaman last year..kita kena beratur awal diluar kelas tu sebelum pintu bazar dibuka..kalau beratur lambat takut orang yang terdahulu masuk dan sambaq.


Dan ini target kedua ibu...periuk kukus yang cantik!!..ada untungnyer datang sukarela susun2 barang..secara tak langsung dah boleh target apa yang nak!!..hehe


Yang ni pulak kategori baju2 dan barang2 yang seumpama dengannyer...banyak sungguh barang2 yang didermakan ye...adakah sekolah2 di Malaysia akan membuat aktiviti2 macam ni untuk tujuan kutipan derma??


Ini pulak barang2 keperluan untuk kaum2 ibu!!...semestinyer!!!


Patung2 pun ade....cantik2 lagi!! Kalau ade anak pompuan mesti beli dah ni!!
Apapun TUNGGU.....next entry!! Adakah ibu dapat memiliki apa yang ditargetkan??? Atau semua tu hanyer angan2 aje??....TUNGGU...


0 ulasan:

Catat Ulasan