Masih ingat tak lagi ibu ada join tengok bebudak ni punyer raptai persembahan pada hari Rabu lepas?? Seperti yang dijanjikan hari Ahad baru2 ni telah diadakan persembahan yang real2nyer bermula dari pukul 8.45pg hingga 11pg...ramai la parents yang hadir nak tengok anak2 punyer presentation. Gambar pun ibu dah share last entry masa raptai kan?? Lebih kurang sama je...untuk entry kali ni ibu banyak nak share video2 pulak.
Selain daripada aktiviti bazar, ada jugak beberapa aktiviti permainan. Dan ini salah satunyer iaitu permainan menembak!!

Walaupun kalah dalam game tadi ade jugak habuannyer...tengokla Mifzal ngan Ikmal tengah rambang mata nak pilih yang mana!!

Game lagi....

Tak tau apa nama aktiviti ni...layan je la ye. Mula2 kena taruk air yang kaler2 tu...pilih mana2 kaler yang suka

Mifzal ngan Arata tengah bincang nak air kaler yang mana..hehe

Kemudian kacau..kacau..dan kacau lagi hingga air tadi bertukar menjadi likat!!! hehe...magic tu!!

Sedang asyik....

Ta da...hasilnyer air tadi sudah bertukar jadi macam getah lembik dan melekat atas tangan Mifzal...

Bertukar pulak ke galeri hasil tangan murid2....ini hasil lukisan Mifzal. Ada lobster besar tu!!

Dan ini pulak hasil lukisan Arata..kereii na..

Ini hasil kerja tangan Ikmal pulak...topi unik!!

"Cantik tak hasil kerja saya???" hehe...

Ni pulak hasil kerja Keta kun. Anak kepada Yoko san. Dia dalam tahun enam.

Semoga persahabatan anak2 ini akan berkekalan walau kami dah balik Malaysia nanti...

Beberapa lagi hasil kerja murid2 disekolah ini..semua hasil kerja mengikut tahun masing2.

OK..makan time!!! kami sefamili makan udon. Untuk pengetahuan udon ni adik beradik macam laksa jugak..bezanyer kuah je..


Makanan dan minuman juga disediakan oleh AJK sekolah dan ahli2 sukarela!! Programe selesai pada pukul 2ptg.