-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-07-25

Aktiviti hari ini...

Hari ni start cuti sekolah "natsu yasumi" (cuti musim panas)..hingga hujung bulan Ogos. Inilah masa yang anak2 ibu tunggu...memang tak plan nak balik kampung pun..sebab next year memang dah nak babai terus...
Hari ni punye aktiviti...petang tadi tengok satu keramaian yang dianjurkan oleh salah satu supermarket yang berhampiran tempat tinggal ibu ni. Orang berniaga seperti ala2 pasar malam...kemudian ada pulak tarian2, ibu pun tak tau apa nama tarian semua tu..Ini pertama kali tengok pun...orang yang berniaga pun semua staff2 yang bekerja dalam tu.


Keasyikan Mifzal ngan Ikmal nunggu si penjual gula kepal manis. Control aje mamat tu...




Suasana staff2 supermarket tu berniaga. Memang sekali tengok macam pasar malam..rindunyer suasana macam ni..ada orang jual mee goreng, (tapi tak boleh makan ada ayam..),sotong bakar, sushi, buah tembikai potong, air2 minuman..dan macam2 lagi.


Bersama Yoko dan husband dia...ibu dan ayah try makan sotong bakar tu...sedap!!
Nasib dapat meja...kalau idak jenuh berdiri, orang yang datang pun boleh tahan ramainyer..


Bersama mak angkat...hehe...perasan sendiri aje...inile obachan yang incharge "sampah" tu..baik sangat..sampai rasa macam nak buat mak angkat aje...kah..kah..kah..ngenangkan baik dan prihatin sangat ngan ibu sekeluarga ni. Tapi jenuh rupanyer nak bergambar ngan dia ni..marah jugak mula2 nak ambik gambar dia..malule pulak...apa nak malukan makcik oii..kan cun tu!! boleh le buat kenangan.



Inile rupa tarian2 yang dipersembahkan...yang orang nyanyi tu rupanyer memang salah seorang penghibur di sini. Patutle masa ibu balik (masa dalam kereta) bukak radio tengok2 penyanyi tadi tu tengah on air. Rupanyer programe hari ni on air under radio Toyama. Masuk radio rupanyer aktiviti ni..dasyat jugak tu!!!
Kepada anak2 ibu enjoy ke nengoknyer???



Sebelum ibu ngan anak2 ketempat keramaian tu, ibu pegi kesini dulu..nak tunaikan permintaan si Ikmal, tetiba aje tengahari tu di ngajak pegi sini. Sini le tempat mula2 ibu sefamili sampai dulu masa tiba di Jepun. Nama tempat ni "Fugan Unga Kansui Park". Tempatnyer releks..dah tenang, cantik dan bersih...masa tu Mr.Asazawa ngan Mr.Tsuda bawakan.






Gambar2 kenangan disini...


1 ulasan:

kew_chop berkata...

kat park tu maira suke la main air pancut2 tu, mesti kene bwk bj spare kalo dtg time natsu..

Catat Ulasan