-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-07-20

"Hari Memakan Belut" ( Unagi うなぎ )

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. Di Jepun nama belut ni dipanggil "unagi". Kebanyakan belut dimakan setelah disalai. Bagi orang Jepun bila masuk musim panas diaorang akan setkan satu hari yang dipanggil "Hari Memakan Belut". Nak tau macam mana ibu boleh tau?? Alkisahnyer semalam sensei yang ngajor ibu kat kelas bahasa jepun tu bagitau (19 July) adalah hari memakan belut. Patutle hari sabtu sebelum tu ibu tengok supermarket penuh menjual belut2 yang sudah disalai. Tapi harga jangan kenang memang mahal...Orang2 jepun percayakan khasiat belut ni kata sensei tu bila masuk musim panas kita selalu kurang berselera makan, badan pun jadi lesu jadi bila makan belut ni kata sensei badan boleh jadi sihat dan kuat. Begitule katanyer dalam kelas...
Petang semalam ibu dengan ayah niat hati nak cuba le try makan belut salai ni. Tapi malangnyer belut yang dijual dalam bentuk salai tu ada le pulak ingrediant yang tak boleh kita makan. Diaorang taruk "osake" ( arak jepun ). Tapi apa yang ibu tau sesetengah belut salai yang dijual tu bukan semua diaorang bubuh osake tu, ada jugak yang tak bubuh...kena hati2 aje bila nak beli. Baca betul2 ingrediant tu..tapi supermerket yang ibu pegi ni semua belut yang dijual tu ada "benda tu". Langsung cancel terus!! Jom kita tengok mana rupa belut salai tu......




Gambar2 ni ibu ambik dari laman web jepun.


1 ulasan:

kew_chop berkata...

time murni pregnant zayyan dulu suke sgt mkn unagi ni..

Catat Ulasan