-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-07-22

Kawan2 Jepun Mifzal..

Sekarang ni Mifzal dah pandai ngajak kawan2 dia datang ke rumah. Seminggu 2 kali ada aje kawan2 dia datang, tapi hari2 biasa bukan hari cuti sabtu ngan ahad tu...belum lagi ibu ngan anak2 sampai ke rumah dah ada yang terjegat depan pintu nunggu ibu sampai. Balik aje dari sekolah pkl 3.30ptg gamaknyer terus aje ke sini, tapi yang bagus budak2 jepun ni depe taat dan patuh pada masa. Sensei disekolah ada cakap kalau main diluar pastikan pukul 5 petang mesti balik rumah. Jadi kawan2 Mifzal ni kalau datang rumah tepat pukul 5 mesti berkejar2 nak balik...itu yang bagus!!


Semua tu tengah asyik tengok citer "Shikenger" guna Veoh video melalui komputer. Shikanger tu ranger yang tengah top sekarang. Mifzal ngan Ikmal memang suka citer tu.


Sambil nengok citer tu makan sumi sejuk...hehe.



Itu salah satu alat mainan yang sama dengan Shikanger ranger punyer..ni Mifzal punyer hal jenuh dia pujuk ayahnyer nak beli benda tu. Memang pada mulanyer ayah tak berapa layan sebab mahal..5000¥. Tapi kebetulan last two month ayah dapat "kaizen award" dari company..dapat duit dan sijil. Jadi merasale anak2 dapat mainan tu dengan duit award tu..si Ikmal pun ada habuan dia jugak..



Jenuh jugak nak suruh bebudak semua ni dalam keadaan bersedia ambik gambar...last2 macam ni aje yang dapat..yang baring2 pun ada..macam2 ragam!!



Tengah main lego bersama dengan Arata kun..lego tu hadiah dari kawan ayah (org Hong Kong) dia ada datang rumah ni bulan May lepas.


Play ludo games bersama dengan Nakamura kun.


Yang ni memang anak ibu suka main. Memang takde sapa yang ngajo Mifzal main. Asal dia tengok ayah dia main dengan komputer dan dia berminat, ayah dia cuma ajar sikit2 dan selebihnyer dia belajar lawan main dengan komputer dan bila ayah ada masa baru main dengan dia..Ikmal pun tengah belajar2 main chess dari abang dia. Ibu?? malunyer memang tak tau main!!

0 ulasan:

Catat Ulasan