-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-07-04

Jom tengok padi kat Jepun

Bila tiba masuk musim summer kelihatan penuh pokok padi ditanam sana sini. Di sini hanye setahun sekali aje padi boleh ditanam tapi cukup untuk bekalan mereka semua. Berbeza dengan negara kita di Malaysia, lihatlah sawah padi mereka betul2 di tepi jalan dan tepi rumah. Mula2 sampai sini dulu memang nampak hebat.. SubhanaAllah..menarik betul... Di sini asal ada tanah je depa tanam padi dan sayur2an. Memang betul..sawah padi disini tak besar mana pun, ibarat siapa ada tanah seluas 3 buah paking kereta ditepi rumah pun akan mereka tanam padi. Saluran air diperolehi dari longkang2 pengairan yang dikongsi bersama dengan saluran kumbahan rumah. Sebab tu le sinki atau bilik air dilengkapkan dengan alat penapis untuk mengelakkan kotoran atau sisa makanan terlepas ke longkang.





Salah satu sawah padi di Tachidee Toyama, dekat aje dari rumah kami ni, 5 minit naik basikal. Memang unik!! pada diaorang tanah tu memang amat berharga...dan digunakan sebaik mungkin.

Cuba tengok beza beras jepun ngan beras siam.

Memang berbeza....beras sini jenis pendek dan gebu serta berkanji tinggi macam pulut. Itu yang sesuai nak buat sushi tu!!. dan beras siam lebih panjang dan kurus.


Tapi ikutkan memang tak sesuai dengan masakan kita kalau nak makan dengan beras jepun ni sebab melekit-lekit. Tapi nak kena sesuaikan dengan menu apa yang dimasak. Stok beras siam pun ada aje kat rumah..(oder online..) Tapi lately ni ibu sekeluarga selalu makan beras jepun aje. Nak tau sebab apa....asalnye beli kat satu supermarket tu rege memang murah dari tempat2 lain....10kilo 2480¥ biasa memang
tak pernah dapat rege macam tu. Kebiasannyer dijual dengan rege 2900¥ ~ 3200¥. Rupanyer beras yang murah kami beli tu kurang kanjinyer jadi tak melekit kuat sangat, kira boleh sesuai dengan masakan kita.







0 ulasan:

Catat Ulasan