-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-07-30

BBQ di Tenko Mori

Pagi tadi ibu join geng TMC (Toyama Murata) buat BBQ di Tenko Mori Osawano. Gambar dibawah.



Chalet pun ada disediakan, kepada pengunjung yang nak menginap bolehla menginap..cantik reka bentuk chalet tu.

Plan dibuat oleh salah sorang staff disitu, namanyer Sato san satu section dengan ayah, bahagian product engineering. Hari ni TMC start cuti (obon yasumi) senin depan baru start kerje balik. Pada awal pagi cuaca seolah2 tidak mengizinkan sebab kata Sato di Tenko Mori hujan. Tapi ibu agak kecewa sebab barang2 semua dah prepare. Ayam dah perap semalaman...barang2 nak buat pecal semua dah get ready tak kan nak cancel..geram ni!!!
Apapun jadi ibu tetap nak pergi jugak...hujan pun hujan le...kata Sato disana BBQ bukan open tapi dibawah bumbung yang ditempatkan khas untuk orang nak berBBQ. So..apa masalahnyer lagi....kan senang tu..


Kalau gini rupanyer tempat BBQ tu hujan lebat pun no hal..ibu sangkakan tempat tu open..


Tempat ibu nak BBQ pun berasingan dengan diaorang. Yang diaorang bakar tu paham2 aje le..mana boleh share tempat ngan kami ni.. Gambar atas ni ayah tengah bakar sayur ngan jagung.

Pertama kali ibu perap ayam ni..nasib ada "Mesra resepi.net"..berpandu pada web site tu le ibu cuba buat..alhamdullillah...sodap la jugak!! Ayam2 ni untuk ibu sefamili aje..yang geng2 jepun lain tu depe ada ayam sendiri, no kongsi2 OK!!..tak kan la ibu sekejam tu..ayah bagi jugak kat depe seketul sorang nak merasa.




Ibu tengah nak ngidupkan bara api...ikmal tengah bakar sosej..


Sedang menjamu selera.


Gambar pertama Kimura san and family. Asst manager bahagian engineering.


Join dalam 12 orang. Person incharge untuk BBQ ni, yang pakai baju hitam (tengah berdiri sambil tunduk kepala).


Yang gambar kat atas tu namanya Tachi san, tu tengah bakar mushroom..lepas tu cicah ngan kicap jepun..sodap!!!Gambar dibawah yang lelaki tu namanya Sugimura san, Manager Product Engineering.


Ibu tengah masukkan kuah pecal..kita test kasi mamat2 ngan minah2 jepun ni makan...
hah..kesian kata diaorang manis campur pedas!! itu la "malaysian salad".


Berenti makan jap...kita ambik gambo kejap!!


Ada jugak disediakan tempat nak memancing. Renyai2 pun leboh si Sato ni memancing. Ada le dapat sekor ikan. Peneman setia....si Ikmal ngan Mifzal.


Posing si ayah di titian usang.



Kalau dah namanyer budak2..pantang nampak playground mesti nak singgah. Hujan pun dah stop...memang seronok le budak berdua tu!!

0 ulasan:

Catat Ulasan