-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-07-06

Nihon-go benkyo

Hujung bulan May lepas ibu dah start belajar nihongo (bahasa jepun). Seminggu 2 kali. Susah...aje pening. Umur dah macam ni memang lambat nak catchup!! Kalau budak2 ni lain sikit depe cepat catchup, cepat belajar. Ni orang tua!!. take time..slow2 ye..tapi tengok kawan2 lain dalam kelas ni macam handal aje..eee..jeles betui!! apa yang ibu tau yg dalam kelas tu ada yang dah 5 tahun..4 tahun..2 tahun..duk sini. Kawan2 dalam kelas ni ada dari Brazil, Amerika, Sri Lanka, Romania...dan yang paling ramai adalah dari negara Cina..walaupun sesetengah tu dah handal tapi tetap nak belajar!! sebelum ni ibu belajar kat rumah aje ngan student u dulu, nama Hafifi tu. Kira bila masuk kelas tu takde le terkejut sangat..basic2 tu kira dah tau le sikit2..terpaksa lewatkan setahun nak masuk kelas betul2 sebab last year Ikmal tak masuk sekolah lagi jadi susah sikit nak ninggalkan dia sorang2 kat rumah. Jadi tahun ni dia dah sekolah senang sikit nak keluar belajar. Pada sapa2 kenkawan ke saudara mara ke kalau nak turun ke Jepun elok le sediakan sikit pengetahun tentang bahasa depe ni, bayangkanlah negara maju macam Jepun ni bukan peduli sangat bahasa inggeris, kita le kena berkorban belajar bahasa diaorang!! Kalau idak lebohle...macam2 bahasa isyarat yang keluar..kaki..tangan semua naik kalau nak bercakap...hehe tu cerita dari pengalaman..



Gambar bersama kawan2 dalam kelas. Nama sensei Ishiguro san.



Suasana dalam third floor CIC building. Disini bukan sahaja disediakan tempat belajar nihongo tetapi pelbagai maklumat, aktiviti dan berita tentang bandar Toyama boleh diketahui di center ini.



Diluar kelas..




Diluar bangunan..Nama bangunan ni CIC. Dalam ni supermarket pun ada.. tempat belajar tu tingkat 3.



Inilah pengangkutan yang membawa ibu kemana saje..(dekat2 aje le..) pegi belajar pun naik basikal pujaan hatiku!! Perjalanan 20 minit dari rumah. Tengah panas ni ..tu yang cuba control muka tu..tengokla berderet aje basikal2..rata2 kebanyakan orang2 disini lebih senang berbasikal. Lorong khas pejalan kaki dan basikal pun memang berasingan dengan pengangkutan bertayar empat jadi taklah bahaya sangat.

2 ulasan:

kew_chop berkata...

murni pun belajar ngan sensei tu gak. dia baik sgt kan.

NorNaza berkata...

ye, memang baik sensei tu. Muni dulu belajar berapa lama ek?

Catat Ulasan