-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-07-14

"Nagashi Somen" ( Japanese noodle)

Inilah kali pertama ibu melihat satu outdoor party iaitu makan japanese noodle yang diberi nama "somen". Party ini dinamakan "Nagashi Somen (流しそうめん)". Somen ini dialirkan dalam bamboo yang sepanjang 3-4 meter, cara nak makannyer pulak...kita kena ambik somen tu ketika ianyer tengah mengalir bersama air dalam bamboo tu. Kita kena berbaris memanjang..dan ambik somen tu menggunakan chopstick. Kemudian somen tadi terus dimasukkan dalam cup yang berisi kicap (ready made soy sauce), dan apa lagi terus ngappp..masuk mulut!! Tapi outdoor party ini kecil2an sahaja, hanye diutamakan pada kanak2. Sachiyo san (kawan ibu) yang mengajak untuk join dan melihat bagaiman rupa makan somen dalam bamboo..agak menarik!!

Sebelum tu ibu nak tunjuk sikit bagaiman rupa sebenar somen sebelum di masak. Somen dijual dalam bentuk kering, rupanyer menyerupai lidi dan sangat rapuh. Dibuat dari tepung gandum. Rasa somen tu lebih kurang macam spaggeti..ye ke?? Alah senang citer kira adik beradik macam bihun..tapi yang ni tebal sikit..Biasa dimakan dalam bentuk sejuk, dan dimakan bersama kicap jepun (dibuat dari kacang soya) adik beradik kicap cair... Kalau nak tambah aksesori lain macam daun bawang, vegetable tempura, ebi tempura (udang digoreng dan disalut dengan tepung) pun boleh. Di musim summer ini, somen ini adalah makanan popular kerana dikatakan boleh membantu menyejukkan badan yang panas.


Inilah rupa somen sebelum direbus dan somen yang telah direbus..Rebus dalam 2-3 minit sahaja. Air biar betul2 menggelegak ketika nak masukkan somen kering.



Suasana outdoor party makan somen disalah sebuah rumah kawan kepada kawan ibu... Nama tuan rumah tu Esaki san. Berlangsung pada hari Ahad lepas (12 July 09) Besar weh rumah dia!! Susah nak tengok orang jepun yang rumah dia besau. Agaknyer orang ada2 kot..




Begitu asyiknye tetamu2 nak ambik somen dalam bamboo tu..termasukle ayahnyer dan anak2 ibu. Memang menarik..siapa cekap diale yang dapat banyak somen..

Jom tengok suasana outdoor party ni..kecoh semua nak ambik somen!!

Memang rasa tak percaya aje tekak anak2 ibu boleh terima makanan ni, dah lah makan dalam keadaan sejuk bukan panas, ikutkan tekak2 kita ni mana boleh masuk benda2 sejuk ni mesti nak makan panas2..macam noodle2 di Malaysia tu..tapi kira tekak ibu, ayah ngan anak2 hebatla boleh masuk...Kalau nak diikutkan dua beradik tu memang paling susah nak makan benda2 pelik ni. Memang cerewet bab2 makan!!.



Untuk pengetahuan, ini kali kedua ibu makan somen. Pertama dulu masa makan kat rumah Sachiyo..diale yang perkenalkan menu somen ni. Sangat mudah untuk disediakan. Lepas habis party hari tu ibu ajak ayahnyer pergi supermarket beli somen kering. Nak try buat!! Memang sangat mudah...sebab soy sauce pun yang ready made punye. Cuma tambahkan ebi ngan vegetable tempura aje..



Alhamdullillah...anak2 ibu dah kenyang!!


2 ulasan:

kew_chop berkata...

panas2 camni memang best mkn somen kan. nk kena wat gak mlm ni, hihihi.. tak payah masak nasi..

NorNaza berkata...

aje betui!!bole le Murni ngan cik abg diner somen malam ni..ringkas dan mudah..hehe

Catat Ulasan