-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-07-16

Mari belajar berenang

Kalau dah memang free semedang kat rumah sampai anak belajar berenang pun boleh nak tengok. Ibu dapat tengok Ikmal belajar berenang semalam. Tapi sekolah guna pool luar bukan yang sekolah punye. Dengar ceritanyer under repair. Mungkin next year boleh digunakan. Yang ni sekolah buat kat Toyama Swimming Pool. Tempat yang pernah ibu ceritakan dulu dimana ibu sefamili pun pernah datang kesini. Tapi yang memang salute kawan2 ibu tu diaorang pun datang join temankan ibu tengok Ikmal berenang. Yang sorang tu dah diberhentikan kerja sebab dia kontrak dan yang sorang lagi kerja sendiri jadi bila2 masa boleh ambik cuti. Tu yang boleh ikut join. Untuk schedule berenang semalam adalah untuk tahun 1, 3 dan 5. Abang long takde join untuk kali ni sebab tahun 2, 4 dan 6 schedule mereka adalah last week.



Kanak2 ribena belajar berenang....Ikmal memang suka main air. Kalau dapat aktiviti macam tu memang habis hati.






Nampak keseronokkan Ikmal dan kawan2 yang lain. Budak2 la katakan...Tapi tak berapa jelas rakaman dibuat sebab ibu dihadang oleh pintu cermin. Jarak ibu pun agak jauh dari pool. Harap maklum..




Bersiap untuk pulang kesekolah..punyele awal dia siap, kawan2 lain pun masih ramai yang belum keluar.



Semua beratur!! OK sambung belajar di sekolah pulak..start belajar berenang pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

2 ulasan:

kew_chop berkata...

bestnye kan kat sini macam2 diajar..

NorNaza berkata...

Best tu mmng best, sini banyak praktikal dari teori, yg susah hatinye esok bila balik Mlysia bebudak 2 tu terkejut badak sebab berbeza cara belajar.

Catat Ulasan