-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-08

Yanagimachi Badminton Club

Nak share citer pasal kelab badminton yang kami join disini. Setiap hari isnin (malam start pukul 7.30-9.00) kami anak beranak mesti akan turun untuk join main sekali. Asal cerita macam mana boleh kami terjebak dalam kelab ni masa tahun lepas ada pertandingan badminton.Kami ni dijemput untuk wakil kg Tachidemachi...kononnyer... Jadi bila president kelab waktu tu tengok, nama dia Tomigawa san umur 80an (tapi handal weh....) kami ni boleh main sikit2 jadi depe ni ofer le kat kami laki bini. Memang kami ni minat ngan badminton tapi masa kat Malaysia dulu tak pernah berpeluang nak main..sini kira masa tu ada jadi berpeluang la setiap minggu dapat main.
Nak jadi satu cerita tu abg lawan main dengan wife president tu (umur 70an) udah le tergeliat pergelangan kakinyer langsung stop main hingga sekarang..rasa bersalah pulak abg..tapi kalau nengokkan rupa memang tak nampak 70an...memang sihat betui...bayangkan usia macam tu masih boleh lagi nak main badminton. Sejak dari kejadian tu diaorang suami isteri tak pernah join lagi..emmm..kesian kat obachan..
Jadi kelab kami sekarang bertukar tangan pula kepada Aoyama san (umur 70an). Wife dia pun rajin turun hampir setiap minggu datang untuk bermain. Kadang2 kami kalah dibuatnyer bila berlawan dengan diaorang..malu betui!! Kami yang dikira muda ni boleh kalah dengan orang tua.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Yg ni sebahagian dari pemain2 di kelab tu..Yang berjaket hitam tu incharge kelab tu sekarang (Aoyama san) barisan depan yang pertama dari kiri. Tua hanye pada usia tapi nengokkan sihatnyer udah rupa orang muda. Inila salah satu kebaikan yang kami dapat bila sudah menjadi kawan pada pakcik2 ni...yang berbaju merah tu namanyer Matsuda san (umur 69 tahun) dia ada kebun sayur..setiap kali bila musim sayur2 tertentu mesti kami dapat sayur free..eemmm untungnyer..banyak pulak tu dia bagi. Yang Aoyama san tu pulak ada kedai gambar, dia ada ofer ambik gambar kat studio dia dengan rege murah, memang pakar ambik gambar..profesional. Dia bagi separuh rege dari harga sebenar.Emmm...seronok betui kami.



Pemain2 otai dikelab tu....udah rupa pangkat tok ngan opah pada kami..tapi muka tak nampak tua kan??


Inile hero2 ibu yang bakal jadi pemain badminton terkenal di Malaysia suatu hari nanti...emmmm itu hanye dalam angan2 aje...sebetulnyer bebudak berdua tu tak minat langsung ngan badminton...yang taunyer bola..bola..bola..



Sejak abang giat bersukan dan beriadah disini penyakit darah tinggi dia dah takde.Kalau di Malaysia dulu mesti kena ambik ubat baru ok tekanan darah tu, tapi sekarang tekanan darah dah macam muda2 dulu..cantik!!! Kami harap bila dah balik Malaysia nanti dapat continue macam ni..


Tengokle gaya seorang pemain badminton, memang takde gaya langsung!!!! Tu ibu la bukan abangnyer.Dia handal main....ye ke???? Hero2 kami yang rakam jadi kami hargai apa yang hero2 kami rakam tu dan masukkan dlm entry kali ni.



Bila dah tamat bermain kenale bersihkan tempat tu...kena sapu, vacumme,. Tengokle anak2 ibu tu pun join sekali..baguih! baguih!.



0 ulasan:

Catat Ulasan