-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-05

Dia disana..Kami disini...Aku Sebagai isteri merangkap suami



Pada 14 Oct 2007 (Raya ke2) suamiku berangkat ke Jepun berseorangan untuk memulakan kelas bahasa jepun tanpa ibu dan anak2 disisi(gambar kanan).Salah satu syarat untuk melayakkan suamiku bekerja di Jepun, dia perlu pembelajari bahasa Jepun selama 6 bulan tanpa keluarga. Setelah tamat belajar barulah ibu dan anak2 akan menyusur. Walaupun berat hati melepaskannya namun ibu redha dan cuba untuk belajar hidup berdikari tanpa suami disisi. Disinilah permulaan hidup sebagai seorang isteri dan merangkap suami.
Segala tanggungjawab suami sekarang telah menjadi tanggungjawab ibu sepenuhnya. Tapi ibu masih lagi rasa bersyukur kerana masih mempunyai mak dan abah yang memang mengambil berat tentang ibu dan anak2 apabila suami jauh diperantauan.Terima kasih pada abah yang banyak meringankan bebanku semasa ketiadaan suami. Ibu ni nama aje ada lesen tapi langsung tak pernah bawak kereta tapi bila berlaku macam ni secara tak langsung ibu jadi pandai memandu...merayap aje...
Rutin harian semakin padat...bila habis waktu bekerja pukul 5.35ptg ibu bergegas ke sekolah Mifzal untuk mengambilnya.Waktu sekolah habis pada pukul 6.15ptg. Waktu pergi sekolah Toknya yang menghantar sekali dengan Ikmal yang pada waktu itu bersekolah tadika di Batu Gajah (Tadika Cahaya Ibu). Kedua2 mereka sekolah petang jadi bila pagi tu tak lah kecoh sangat nak mengesahkan diaorang. Sebelah malamnya pula ibu menghantar Mifzal dan Ikmal belajar Iqraq. Ingat lagi kata2 Ikmal bila tiba masa nak pegi mengaji "bang cepat bang..cepat..makan puri nak g ngaji ni.." kelam kabut aje rupenyer 2 beradik tu,masa singkat sangat,kelas iqraq bermula pada pukul 8mlm hingga 9.30mlm,dan sementara menunggu anak2 habis iqraq ibu membantu adik ipar mengemas kedai dan kadang2 menjaga kaunter, kebetulan tempat belajar iqraq diatas bangunan kedai adik, begitulah setiap hari menguruskan anak2 dan membantu adik sementara suami tanpa disisi ...sampai rumah dalam 10 lebih...letih woooo

Gambar2 hari raya bersama family sehari sebelum suami ke Jepun..sedih sangat sehari aje dapat raya ngan suami...uhuk..uhuk..






0 ulasan:

Catat Ulasan