-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-05

Kehidupan Berkeluarga di Jepun

Bagaimana ye hidup dinegara bukan islam ni??? Semasa masih di Malaysia ibu selau memikirkan betapa susahnya nanti hidup dinegara itu...dengan makanannya,budayanya, pertuturannya,dan sebagainya...ahh takpe kata orang belum cuba belum tau kan..inilah pengalaman yang paling hebat yang mesti aku tempuhi.
Alhamdullillah...segalanya amat berbeza sekali dengan tanggapan ibu. Walaupun pada permulaannya ibu dan anak2 bosan teramat sangat...bukak tv aje cakap jepun,duduk dalam rumah terkurung, orang2 sekeliling langsung tak reti bahasa inggeris..anak2 pulak asyik tanya nak buat apa..nak buat apa..memang tension..aduh!!! pening2..
cuma internet ajela pengubat hati dikala boring...nasib dapat dengar siaran radio hotfm,erafm..dan jugak dapat tengok siaran online tv3 menggunakan Online Tv Malaysia Radio Streaming.Tapi kadang2 buat hal jugak...tengah asyik tengok rancangan tup2 terus offline...geram jugak..tapi kira OK la masih dapat tau apa2 berita dari Malaysia. Apapun ibu amat berterima kasih pada member suami ibu ni,namanyer Fairus dia le yang dapatkan addressnyer.Thanks aaa Fairus!!! Kadang2 bila rindukan orang kat Malaysia guna SKYPE untuk berhubung...jelas dan murah pulak tu. Boleh dikatakan selalu jugaklah telipon keluarga ngan kenkawan. SKYPE ni pulak si KinThong yang tolong setupkan.Kebetulan depe berdua ada datang ke Jepun atas urusan kerja.
Inile mamat berdua tu..Sebelah kiri yang kurus tu KinThong, dan yang bibir macam Ning Baizura tu si Fairus...hahaha!!! jgn marah ye kawan. Apapun TQ bery2. Dan...yang hemsem sesangat tu my hubby la....ewah!ewah!..nanti lebih2 pulak perasannyer.


Disini ibu ada 2 orang kawan Jepun yang ibu kenali masa mula2 hantar Mifzal kesekolah,kebetulan dia pun sama jugak hantar anak. Seorang tu namanya Tanaka Yoko dan seorang lagi namanya Nagaichi Sachiyo. Diaorang ni memang baik sangat.Kiranya jepun yang boleh masuk sekepala dengan kita.Pada asalnya komunikasi antara kami memang macam ayam dengan itik,diaorang langsung tak tau bahasa inggeris dan ibu pulak zero bahasa jepun...tapi semangat nak berkawan tu kuat jadi kami ni tepis semua masalah tu..main bahasa isyarat pun bahasa isyaratlah!!! Memang kelakar..hehe..Tapi semangat kawan2 jepun ibu tu bagus sampai depe siap beli buku bahasa inggeris..kononnyer nak belajar..Dan dari sehari ke sehari komunikasi antara kami bertambah baik..ibu pulak belasah aje kejap2 bahasa jepun..kejap2 selit bahasa inggeris..janji kami bertiga faham..Segala masalah sekolah ataupun apa2 informasi dari kawasan tempat ibu tu mesti diaorang bagitau. Kalau diaorang cuti mesti diaorang ajak ibu jalan2 atau pegi minum diluar.Sebab kedua2 kawan ibu tu bekerja..jadi bila ada cuti diaorang invite le ibu pegi jalan dan kadang2 minum petang kat rumah diaorang.Dan anak2 ibu pun dah berkawan baik dengan anak2 diaorang..

Inile kawan2 ibu disini..yang kanan tu namanyer Yoko san, sebelah kiri tu Sachiyo san

Syukur alhamdullilah setelah Mifzal hampir setahun disekolah itu,pertuturan bahasa jepun dia bertambah baik, paling seronok pada kami ialah apabila mendengar dia bersembang dengan kawan sekolah dia dalam bahasa jepun,dan cikgu dia pun (Mikami sensei) ada memberitahu yang pertuturan Mifzal semakin baik.Lega kami mendengarnya...pada mulanya kami agak risau sebab dia dikategorikan berat mulut berbanding dengan Ikmal. Ikmal anak yang ceria..dan ringan mulut.Kalau dia tengok tv jepun mana2 ayat yang dia tak tau mesti dia akan bertanya pada ayahnyer,tapi Mifzal berbeza dia masih suka belajar sendiri dari bertanya pada orang.


Ini le anak si Sachiyo yang satu kelas dengan Mifzal, namanyer Nagaichi Arata. Tengokle betapa mesranyer deme bermain. Semoga persahabatan kekal walau dah balik Malaysia nanti


Yang ni pulak anak si Yoko, dah masuk 12 tahun (darjah 6). Namanyer Tanaka Keta.Sorang lagi anak Yoko pemalu sikit laki2..susah nak ngambik gambo dia.Tapi si Keta ni memang kuat nyakat.Mangsa nyakat dia semestinyer Ikmal..kwang..kwang..kwang

0 ulasan:

Catat Ulasan