-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-07

Alam persekolahan di Jepun

10hb May 2008 persekolahan baru bagi anak pertama Mifzal.Terpaksa lewat sebulan masuk sekolah sebab kami sampai disini pada bulan May.Dan adiknya Ikmal memulakan persekolahan setahun selepas itu iaitu pada 07hb April 2009.


Ni gambar hari pertama Ikmal masuk sekolah.Mak ngan bapak masing2 bergambar.Gambar sekeping pun dijual dengan rege 1400yen (convent rm lebih kurang rm53) aje mahal betui buat duit betui tukang tangkap gambo tu,ndak taknak kena le beli jugak buat kenangan....Ikmal-barisan kedua 5 dari kiri, Ibu-barisan kedua 6 dari kiri iaitu sebelah Ikmal, Ayahnya- barisan belakang sekali 4 dari kanan iaitu sebelah org yg mendukung anak kecil.


Inile sekolah anak2 ibu.Nama sekolah Yanagimachi Elementary School. Ingat nanti dah besar bila dapat sambung belajar ke Toyama U boleh jenguk sekolah ni balik tau..kononnyer...hehe


Muka shahdu Ikmal bila hari pertama masuk darjah satu...


Yang ni pulak gambar dalam dewan selepas dengar guru besar bagi ceramah tentang kemasukan murid2 tahun satu 2009. Sayangnyer abg long lewat sebulan datang kesini,kalau idak boleh rasa pakai kot..hehe.


Semua pelajar2 sekolah rendah rata2 berjalan kaki. Cuma beza sikit ngan pelajar2 sekolah menengah,mereka kebanyakkanya menggunakan basikal. Berbanding dengan negara kita Malaysia yang kebanyakkannya menaiki kereta atau bas. Hari2 berjalan kaki le dua beradik tu,yang kesian kalau tempuh musim salji.Pengalaman tu Mifzal aje yang pernah rasa last year sebab adik belum masuk sekolah lagi.Kesian nengoknyer berjalan atas ais,berbaju tebalnyer,kasut but nyer..tapi bebudak apa herannyer deme lagi seronok berbaling2 ais lagi sementara nak nyampai ke sekolah. Kita sebagai ibu ni yang banyak kesian kat diaorang. Hah tahun ni Mifzal ada geng le sebab si adik tu dah join the club.Setiap kawasan rumah masing2 ada ketua iaitu murid yang lebih tua untuk menjaga keselamatan murid2 yang jauh lebih muda. Di kawasan tempat kami tinggal ni si Tanaka Keta le kepalanyer...bos!!anak kawan ibu tu. Dia le kena jaga bebudak ni sepanjang perjalanan nak nyampai ke sekolah.Perjalanan kesekolah mengambil masa lebih kurang 15min.


Dua beradik baru balik dari sekolah..kawan2 semua tinggal kt belakang..


Yang bezanyer lagi, sekolah Jepun ni, tak ada kantin sekolah! Murid dan guru makan didalam kelas masing2. Apa yang menarik segala pengendalian dan pengagihan dilakukan seratus peratus oleh murid yang bertugas.
Menu makanan diumumkan lebih awal lagi. Setiap bulan pihak sekolah akan memberi satu salinan kepada ibu bapa dan menyenaraikan menu2 yang akan dimakan. Biasala benda tut!!! tu pun ada sekali dlm senarai menu harian tu. Tapi bebudak berdua tu sudah semestinya hari2 membawa "Obento" iaitu bekal makanan dari rumah. Tetapi bukan semua menu tak boleh makan, ibu ngan ayah selalu memesan jika disajikan ikan, buah2an, sayur (yg tkde rencah daging) susu kotak, roti semua itu boleh dimakan kecuali jika daging atau ayam. Tetapi kebiasaannya mereka berdua lebih senang dengan "obento" yang dibawa.Kesian anak2 ibu...tak dapat merasa makanan yang panas2..



Ini adalah contoh2 menu yang disediakan oleh pihak sekolah disini.Mana yg bertanda "X" tu ingrediantnye ada makanan yang berunsurkan daging.TAK BOLEH MAKAN! Sensei pun dah tau yg bebudak berdua tu tak boleh makan makanan berunsurkan daging.

Lagi satu di sekolah, Mifzal ni terkenal dengan lari lajunya, (jadila..kiranya kami ni dikenali la sebab anak lari laju..) Kata jiran2 kami disini orang Malaysia lari laju. Biasale orang jepun ni memang pesen suka memuji..kekadang benda tak seberapa tapi puji aje lebih..tu memang pesen orang2 Jepun.Dan 28hb May yg lepas mini sukan telah diadakan,Mifzal yang mewakili tahun 2 untuk rumah "Aodam"-Biru jadi juara dan Ikmal mewakili tahun satu untuk rumah "Shirodam"-putih juga menjadi juara.Kemain seronok lagi anak2 ibu.Tahniah!!


Longgarkan otot semua......Fokus sikit kat ikmal tu, asyik nengok orang aje kojenyer..sian terpaksa niru orang sebab tak paham cikgu cakap ape.


Mifzal pelari yang last sekali. Gambare! gambare!...Go! go!..siap pakai selempang lagi kat baju tu kononnyer pelari laju...
Ikmal pun juara untuk tahun 1 "Shirodam" (rumah putih) tapi tak sempat rakam waktu dia lari.


0 ulasan:

Catat Ulasan