-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-04

Dari Malaysia ke Jepun



Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA memberikan aku untuk mencatat dan berkongsi kehidupan berkeluarga yang kami lalui dinegara matahari terbit ini. Blog ini juga dijadikan satu naskhah istimewa untuk anak2 ku tercinta Nizarul Mizal AMin & Nizarul Ikmal Afif juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Inilah rezeki yang kami langsung tidak terlintas untuk tinggal dinegara orang walaupun tempoh yang telah ditetapkan iaitu 2 tahun setengah.
Khabar angin menceritakan beberapa pekerja di tempat suamiku bekerja akan terpilih untuk bekerja sementara di Jepun sebagai engineer.Dari hari itu semua staff masing2 tertanya2 siapakah yang bertuah akan terpilih.
Pada bulan 4,2007 suamiku menerima sms dari seorang sahabat yang baru pulang dari menghadiri meeting di Jepun dan mengatakan keputusan dari HQ adalah muktamad bahawa kami sekeluarga akan ke Jepun.
Perasaan gembira kerana langsung tidak pernah terfikir akan berada dinegara orang, namun begitu perasaan gusar sering menyelubungi kami kerana masalah makanan, bahasa dan budaya disana jauh berbeda...lebih2 lagi pada anak2 yang bakal menempuh alam persekolahan di Jepun. Kami amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Murata Malaysia terutama Mr.MD Onishi,Murata HQ Kyoto dan Murata Toyama kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada suamiku.

Thanks to Murata Electronics Malaysia management Mr.MD Osamu Onishi(photo)and others management staff, friends and families...

Thanks to Murata HQ management. From left side Mr.Hashizume,Mr Yamada,Mr.Kawai,Ms.Keiko

0 ulasan:

Catat Ulasan