-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-08

Merasai Salji Di Jepun

20hb Nov 2008,ini adalah hari pertama dalam hidup ibu melihat salji turun di Jepun.Termasuklah anak2 ibu yang berteriak bila melihat salji turun. Seperti orang jakun..pertama kali melihat kejadian Allah..SubhanAllah..seronok bercampur takut penyakit2 lain datang maklumlah tak pernah tempuh dengan musim sejuk sebegini.Ini baru sikit ais yang keluar kalau dah tebal nanti lagi sejuk..ibu harap terutama pada anak2 semoga kesihatan sihat hendaknya.

Tapi sebelum menempuh musim sejuk ni kami 4 beranak sudah mendapatkan suntikan "enfluenza".Setiap tahun bila menjelang musim sejuk semua orang2 jepun akan mendapatkan suntikan ini.Ini adalah untuk mengelakkan dari terkena demam panas dan boleh mengakibatkan kecacatan.
Paling seronok apabila melihat anak2 ibu yang langsung tidak pedulikan kesejukan seolah2 badan sudah dapat membiasakan dengan suasana. Ikmal tak henti2 mengutip ais dan membuat ketul2an ais. Seronok melihat gelagat anak2 bermain salji dan tidak mahu masuk ke dalam rumah.Kebal sungguh anak2 ibu ni!!!Dan pengalaman pertama membuat snowman.Sekali tengok ada le rupa snowman..2 kali tengok dah rupa apa pulak..

Betui tak apa yang ibu cakap.....komen sikit 2 kali tengok udah rupa ape???


Tengokle sampai baring2 atas ais..aje tak makan saman..seronok sesangat 1st time main ais kalu idak nengok dalam tv aje orang main salji..sekarang real2 dapat rasa.

Jom main snow......





Betapa peliknyer orang Malaysia main bola dalam salji. Dan betapa buruknyer si ibu..ish..ish terpaksa ngikut join sekali, sian demi keseronokan anak2..takde sapa2 kat sini.Aje pelik..tapi ENJOY!!!

Dalam keseronokkan menempuh musim salji ini ibu paling kesian bila melihat anak2 pergi sekolah.Tahun lepas hanya abangnya sorang aje merasa kesekolah berjalan atas2 ais sebab Ikmal belum masuk sekolah lagi.Tahun 2009 ni mereka berdua beradik pulak.Kesian dengan memakai kasut but nya,baju tebalnya,berjalan kaki atas2 ais..inilah kata orang pengalaman.

Pada 10Jan2009 pertama kami sekeluarga pergi ke Tateyama untuk bermain ski.Perjalanan lebih kurang 40 minit dari rumah.Semua rancangan ni famili Yoko san yang arrange.Semua pakaian dan peralatan main semua Yoko san yang bagi pinjam.Apa lagi seronok le kami sekeluarga semua org sponsor. Tambahan anak2...ngekek aje gelak,mainnyer kurang.. tapi jatuhnya lebih.


Betui tak nengok si Ikmal ngekek aje....entah berapa kali jatuh...mainnyer tak seberapa, tapi tak serik2...nak cuba jugak.


Kepayahan seorang ayah melayan kerenah anak2 main ski..hehehe...sampai nak patah pinggang dibuatnyer. Salute lah ayah!!!!


Pertama kali macam tu le..abang pulak diajar oleh Tanak san (husband Yoko). Beria2 sungguh Tanaka san mengajar abang main.Famili diaorang ni memang aktif bermain ski.Anak2 diaorang pun hebat2 belaka.Ibu pun sama macam anak2, main tak seberapa tapi jatuhnyer lebih..aduh..malu betul!! Masa mula2 nak start main tu macam2 yang datang..gayat..takut semua ada.Kalau tengokkan budak2 jepun yang kecik2 lagi bukan main terror lagi..seronok bercampur jeoules tengok budak2 kecik hebat bermain.Tapi abang agak pandai bermain..walaupun pada awalnya agak kekok tapi sudah boleh untuk bergerak jauh...Kata abang memang menyenorokkan walaupun agak susah....cuba tetap cuba!!!


Nengokle gaya seorang pro bermain ski...hebat tak?? Tak mana hebatnyer...gaya aje lebih.Jgn marah ye bang..



0 ulasan:

Catat Ulasan