-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-05

Keberangkatan aku dan anak2 ke Jepun..

Penantian selama 6 bulan menunggu suami habis belajar Nihon-go akhirnya tiba juga.Suamiku turun ke Malaysia pada 28hb April 2008 untuk mengambil kami anak beranak.Pada setiap hujung bulan April sehingga 5hb May semua pekerja dinegara ini bercuti panjang dan cuti ini dipanggil "Golden Week". Pada 3hb May 2008 kami berangkat ke KLIA dengan teksi yang diaturkan oleh pihak syarikat. Kami berangkat pada pukul 4.30ptg.Berat hati meninggalkan keluarga...mak/mak mertua,abah, adik beradik, kenkawan semua...semasa kami bersedia untuk berangkat masing2 menangis.Kami bertolak dari rumah Siputeh (rumah mak)..yela tak pernah terfikir begitu jauh sekali kami akan berpisah. Pada masa tu semua sedara mara, ada hadir sekali. Tak dapat kubayangkan semua orang2 tersayang menangis termasuklah ibu sendiri.....habis make up!!! hehe.
Sampai ke KLIA pada pukul 6.30ptg. Jadual penerbangan adalah pada pukul 11.30mlm.Inilah pertama kali ibu dan anak2 dapat naik kapal terbang, nak pulak pihak syarikat arrange kami duduk under business class...memang class betui!!! layanan memang istimewa semasa berada dlm tu..


Tengah nunggu masa nak naik aeroplane, BYE-BYE Malaysia...heheh (2 tahun aje..)


Rileks aje cik abang, seronok ye anak bini turun sekali..kita buat yang terbaik ye bang..

Kami sampai ke Kansai Airport pada 04hb May 2008 pukul 6.30 pagi.Pada waktu tu suasana sudah cerah..kalau di Malaysia masih gelap lagi.. Suasana dalam 15degree itu membuatkan kami agak terasa kesejukan tapi udara terasa nyaman dan bersih.
Kemudian suamiku membeli tiket keretapi untuk kerumah kami di Toyama. Perjalanan dengan menaiki keretapi dari Airport ke Toyama mengambil masa lebih kurang 4 jam. memang pening dibuatnya..sampai ada satu peristiwa yang memang ibu tak boleh lupakan dimana ibu muntah sebab rasa sakit kepala yang teramat sangat.Tapi nasib anak2 maintain..cuma ibunya aje yang tak boleh control...muntah monggek...mana idaknye 22jam perjalanannya
Sesampai di stesen Toyama kami menaiki teksi pula untuk sampai ke rumah. Perjalanan hanya dalam 10 minti sahaja.


Dan akhirnya....Rasa tak caya aje..betui ke ibu ni dah sampai Jepun..macam mana ye kehidupan disini??

Ahhh....rasa tak percaya rupanya sekarang kami berada di rumah jepun. Rumah yang disediakan oleh pihak syarikat memang selesa sangat.Agak besar...

Jom kita singgah melihat2 rumah kami disini.....



0 ulasan:

Catat Ulasan