-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-06-16

Dreams Come True....

Entry hari ni nak citer pasal Tokyo Disney. Actually peginyer dah berbulan2 sudah, kami pegi pada 14 Mac 2009, nak share punye pasal masukkanle jugak walaupun semua tu dah berbulan2 berlalunyer. Pada awalnya teragak-agak nak pergi bukan apa masalah pertamanya takde orang yang boleh guide kami, maklumlah tempat2 besar macam tu...untung jugak ayahnyer ofer kat Hafifi (student u sini merangkap cikgu nihongo pada ibu..tapi sekarang dia dah start keje kat Tokyo bulan April sudah..rezeki dia cepat dapat keje after graduate) untuk join ngan kami. Dia dah 2-3 kali peginyer kira memang hebatla jalan2 di jepun ni. Tapi citer asalnyer macam mana si Hafifi ni setuju nak join sebab famili dia turun ke sini ada convo. Jadi masa kami pegi ke Tokyo tu tumpang kete Hafifi pegi hari jumaat malam...dan sampai pagi sabtu. Kami tido semalam disana, pagi Ahad tu baru balik ke Toyama. Jadi masa nak balik ke Toyama ibu sefamili naik shinkansen (keretapi laju) la sebab famili Hafifi sampai pada pagi Ahad di Narita Airport. Change passenger!!! Hafifi ambik famili dia pulak.


Inile rupa shinkansen tu. Muka depan macam dugong!!! Ye ke macam tu..memandai aje ibu ni padahal dugong pun tak pernah nengok! Macam apa ye??

Masa masuk Disney pagi sabtu tu kami masuk sama2 sekali ngan Hafifi..tapi frustnyer hujan sepanjang hari....cuaca pun sejuk sangat, tu yang agak frust sikit. Kalau tak hujan boleh lagi lama kat situ sebab kawasannyer besar tak habis jalan....ni sampai pukul 3 ptg aje...emmmmm frust sangat!!!. Kami terpaksa pilih2 aje nak masuk mana2 familiar punye rumah kartun. Yang paling best kami masuk Splash Mountain..memang lupa daratan jap..menjerit udah rupa ape aje...tak caya tengok gambar kat bawah ni, tengok le mana rupa muka ibu dan ayahnyer. Hero2 ibu jugak muka maintain. Dan yang si mamat sorang tu memang control macho betui...tu le si Hafifi!!



GAMBAR2 KENANGAN di TOKYO DISNEY





Apapun thanks to my lovely husband sebab dia yang beria2 nak bawak ibu dan anak2 ke sini, katanyer dah sampai ke Jepun ni tak sah kalau tak bawak famili kesini.

Jom nak share video perarakan kete2 berhias masa kat sini..walaupun hujan tempat tu tetap dibanjiri dengan manusia2 walaupun dalam kesejukan....tak seronok..tak seronok..(gaya si upin ngan ipin cakap)


1 ulasan:

kew_chop berkata...

ritu mak dtg tak sempat bawak pi disney sebab mase gi tokyo tu semua dah penat nak balik pas pusing2 area tokyo. pas balik umah, semua rase terkilan plak tak pegi disney tu. hihihi, kene tunggu lenkali la plak.

Catat Ulasan