Ni cerita hari Ahad lepas, ibu sekeluarga diajak oleh kawan sekerja ayah untuk melihat satu festival di Takaoka. Apa yang diberitahu festival tu adalah sempena meraikan bandar Takaoka yang kini mencecah usia 400 tahun. Perjalanan dari Toyama nak ke Takaoka taklah jauh sangat, lebih kurang dalam 45min. Yang berbaju kaler hitam tu Mr.Hashimoto (kacho) production manager dialah yang mengajak kami sefamili untuk join festival ni..pikir2 bulan puasa ni macam malas je..kebetulan cuaca agak panas. Tapi demi menghormati perasaan dan dia pun semacam beria aje terpaksala ikut jugak. Wife dia pun ada sekali...baik dan teramatlah lemah lembutnyer....dan yang sorang lagi tu dari negara China, program yang sama macam ayah jugak, datang bekerja sementara di sini selama 2 tahun.
Jom share sama2 tengok video ni
Yang ni memang special sikit...diatas tu ada budak2, dan ada tukang tolak. Nampak masa tolak tu berat semacam je...tengok keantikan kereta sorong ni memang cantik! Apa nama benda tu pun tak tau la..
Jom nak share video ni pulak.
Diaorang nak bawak makan kat sini rupanyer..Hah..sebelum ni tengok macam menarik je makanan ni...macam murtabak pun ade. Nama makanan ni okonomiyake. Memang tak pernah makan lagi. Special sikit sebab pelanggan yang masak. Bila dah oder, tukang kedai tu hantar mentah2..tengok bahan2 dalam tu sayur2, telor dan tepung kemudian kita boleh select nak udang atau sotong. Cara pertama nak buat boleh tengok macam Mr.Hashimoto ngan wife dia ni buat. Kacau2 bagi sebati bahan2 tu...
Kemudian bolehla ditepek kat atas kuali tu...penyek2kan..tak ke macam murtabak kat Mesia tu..mmng tengok menggiurkan je..
Bebudak berdua ni tak dapat nak tengok pertunjukkan tu!!!...pendek...terpaksa Mr.Hashimoto angkat Ikmal letak kat atas bahu die
2 ulasan:
bestnye okonomiyake. lama tak mkn. dulu selalu jek makan kat kureha tu.
aaa..mmeng sedap rupanyer ek..kak nor ni 1st time baru makan..huhu..cadang next time nak ajak abg nzr mkn lagi..sebb tekak anak pun blh terima!!
Catat Ulasan