-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-09-10

Apam Balik

Pertama kali ni buat apam balik...memang peberet anak2 masa kat Malaysia dulu..kalau pegi pasar malam mesti beli tapi anak2 tak suka yang saiz besar tu...depe suka yang saiz kecik2 tu katanyer rangup berbanding yang saiz besar tu...sama naikla ngan ayahnyer!! Emmm semalam buat memang jadi....cuma macam tak berapa naik sangat la....takpela cubaan pertama nanti ibu cuba improvekan lagi apam balik tu ye...tapi kata asben ngan anak2 rasa macam yang jual kat pasar malam tu...sedap...mekacih-mekacih!!!..Biasala ayat dari Ikmal "Hebatle ibu!!"...So sekarang ni tak payah susah2 nak pegi beli boleh buat sendiri jek...

Jangan gelak ye rupa apam balik cubaan pertama ni.....huhuhu....

Sapa2 yang kat luar sana tu boleh tak share sikit macam mana nak dapatkan rupa apam balik yang cantik ye....ibu pakai kuali biasa tu je...mungkin sebab tu ke kualiti rupa kureng..sikit???? Komen sikit....

Resepi Apam Balik

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning ( tak taruk pun sebab takde...)
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
* Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar (tapi ibu tumbuk lagi ada ummpphh)
Jagung creamy & gula halus (yg ni pun dlm resepi tak taruk tapi ibu buh)

Cara-cara :-
1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.



1 ulasan:

kew_chop berkata...

sedapnye apam balik. saye kalo time malas tu gune tepung pancake yg jual kat supa tu jek. sedap bangat sebab ready made kan. buat inti nye jekla.

Catat Ulasan