-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-09-11

Kuih Cara

Ni pun 1st time gak buat kuih cara ni...dah duk jauh2 ni "terpaksa" belajar semua2 ni...kalau kat Malaysia dulu main tunjuk2 je kalau musim Ramadhan ni...mana ada masa nak melayan semua2 ni almaklumla bekerja la katakan..balik keje pun dah hampir nak berbuka, tapi bila dah duduk jauh macam ni secara tak langsung dapat belajar buat kuih muih...ada bagus jugak tu!! Rasa macam seronok pulak dapat buat kuih hasil dari tangan sendiri...walupun "rupa" tak secantik mana...huhu..tapi rasa tetap macam yang jual2 tu....mintak ampun ye..angkut bakul pulak, sapele lagi nak memuji masakan sendiri kalau bukan diri ini...huhu...selain dari tu cik asben pun bagi pujian gak..mekacih bang...ikhlas ye jangan depan aje puji!!!
Resepi dapat dari blog Hana. Terima kasih Hana....sedap dan tak susah nak dapatkan bahan2 tu rupanyer.


Ibu pakai takoyaki plate buat kuih ni. Sebab tu bulat je...

Jom layan resepi kuih cara ni :-

Bahan-bahan
* 100gm tepung
* 200ml santan sederhana pekat/susu segar
* 1 sudu besar jus pandan
* 1 biji telur
* 1/2 sudu teh garam
* beberapa titik pewarna hijau
* gula sebagai inti

Cara-cara

1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..



0 ulasan:

Catat Ulasan