-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-09-25

Raya di Kedutaan Besar Malaysia

Setelah sebulan kita berpuasa.. Syawal datang menjelma.. Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan Syawal tahun ini.. Harap dapat bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun hadapan.. Ameen. Tahun ini adalah tahun kedua ibu sekeluarga beraya di perantauan. Berbeza sikit dengan tahun lepas sebab tahun ni agak seronok, pertamanyer sebab kebetulan kalender jepun public holiday bermula dari hari sabtu 19hb Sept ~ 23hb Sept. Rasa memang macam cuti raya kat Malaysia je, dan yang keduanyer merasa beraya di Kedutaan Malaysia di Tokyo.

Memang dah nak jadi rezeki merasa beraya di sana, kalau tak disebabkan cuti panjang ni mungkin kami semua tak sampai jugak kesana. Dan jugak ini adalah tahun akhir beraya dia perantauan jadi nak jugak merasa suasana beraya di kedutaan. Alhamdulillah semua berjalan lancar!! Bertolak dari Toyama pukul 11.00mlm (19hb) dan sampai keesokkan paginyer (20hb) dalam pukul 6.20pg dengan menaiki bas.


Inilah warga Toyama dan warga Kanazawa. Actually tahun ni ramai yang balik beraya di Malaysia jadi tak ramai yang turun beraya ke embassy. Ada jugak sesetengah tu beraya di toyohashi. Lokasi ni adalah di kawasan student house. Tumpang sementara disini untuk mandi dan salin pakaian. Sekarang kami semua dah nak bergerak ke embassy!


Kami dah selamat sampai di embassy lebih kurang pukul 9.00pg. Tapi semua tak sempat nak sembahyang raya!


Suasana di embassy, sangkakan tak ramai sebab balik Malaysia, rupanyer ramai jugak ye...rasa tak percaya je, kalau dapat kumpulkan orang2 Malaysia di sini rasa dah macam bukan duk kat Jepun je...rasa macam berada di tanah air sendiri!!


Yang ni pulak suasana ketika nak ambik juadah.




Tempat lending nak makan. Cari je ceruk2 mana yang kosong...pat2 nye sapa cepat dia punyer!!


Yeye...ada dodol..sedap sangat la dodol ni...yum-yum!!


Yang paling best dapat jumpa kenalan seblogger...chewah...ni la Asmara dari Yamagata. Pertama kali jumpa pun dah tau memang peramah orangnyer!!

Dan yang ni pulak kawan seblogger jugak..haha..Juwita namanyer dari Yokohama, memang ramah tamah sangat..seronok sangat dapat jumpa real2..selalu sembang dlm chat box je!


Hero2 semalaya!!!..


Bergambar dengan Murni, terima kasih ek Murni bagi kita orang sefamili ni tumpang tido kat rumah..jasa dikenang!! dan kenalan baru Diyana bersama bf nyer, orang nipon wehhh!! Pertama kali jumpa Diyana dapat rasakan kemesraan tu..rasa macam dah kenal lama. Tulah kata orang kalau dah duduk merantau ni memang semua rasa macam adik beradik je.


Jom layan gambar2 sekitar di Kedutaan Tokyo ni.







Operasi seterusnyer...setelah selesai di embassy semua diundang ke rumah staff kedutaan ada buat open house.



Makan lagi...memang betul2 raya ni..



Suasana raya di salah sebuah rumah kakitangan kedutaan.



Ni rumah staff lain pulak.

Sampai duduk dibalkoni pun ada..semua serbu!!! Hari Raya la katakan...



0 ulasan:

Catat Ulasan