-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-09-30

Japan Robot Festival 2009

Ni citer Ahad lepas, dapat maklumat mengatakan 26hb & 27hb akan diadakan satu festival robot2. Pada tahun ini negeri Toyama dipilih untuk diadakan festival ini. Setiap tahun festival ini akan berubah2 ke negeri2 yang lain. Kira agak bertuahlah sebab tahun ni Toyama dipilih dan bolehla nak tengok berbagai2 rupa bentuk robot2 dan aksi2 robot ciptaan syarikat masing2.



Diantara banyak2 robot, robot yang ni boleh dikatakan best. Yang robot pompuan tu memang real2 mata dia berkedip2 macam manusia!!. Raut wajah pun macam manusia!. Cuma spoil tang jalan aje..memang jalan robot!!

Sempoi betui robot ni siap buat senaman lagi!!. Pertunjukkan ni yang paling banyak menarik perhatian orang ramai.

Jom nak share video robot HRP-4C dan HRP-2 ni.

Aksi HRP2 Robot menari owara.



Inilah Murata boy (Bicycling Robot) dan Murata girl (Unicycle Riding Robot).. robot ni ciptaan Murata Elektronics..company tempat ibu dan ayah bekerja. Yang girl tu namanyer Seiko-chan, dan yang boy tu namanyer Seisaku-kun. Kedua2 robot ni dah pernah terbang ke Murata Malaysia masa tu buat pertunjukan di Ipoh Parade dan disekitar sekolah2 dan pengajian tinggi.




Jom layan beberapa lagi robot2 yang sempat disnap gambarnyer...banyak sangat robot2 yang turun hari ni!!.





Robot gergasi...sebab yang ni paling besar!! Bawak sekali Arata kun untuk tengok festival ni..benda2 macam ni usia macam diaorang la yang excitednyer.


Apa yang diberitahu robot ni ialah yang mula2 dicipta,lupa lak brp usianyer!!




Sempat jugak nak merasa main benda ni. Kena pandai control nak imbangkan bola!!


Dapat pulak main robot control ni!! Dah empunyer tuan disitu nyuwe apa lagi cepat2 la sambaq remote..


Layan je la ye....








0 ulasan:

Catat Ulasan