Sehari sebelum nak nyambut Syawal, kat sekolah bebudak berdua ni ada sukan la pulak. Nasib jugak buat pada hari Sabtu dapat jugak anak2 sertai acara sukan ni sebab kata pihak sekolah kalau hari Sabtu hujan sukan akan bertukar ke hari Ahad. Kan hari Ahad tu hari raya kita, mana le maunyer!!.dah lah malam tu ibu dah nak berangkat ke ambassy..nak raya!!.
Ni rumah sukan Ikmal. "Shiro dam" (rumah putih).
Ni rumah sukan Mifzal. "Aou dam" (rumah biru)
Sangat berbeza sukan disini kalau nak compare dengan sekolah Malaysia...bayangkanlah parents masing2 kenalah bawak tikar sebab nak duduk, kalau nak pasang payung besar tu pun boleh untuk elakkan panas..sapa datang cepat bolehle lending bawah pokok. Memang pihak sekolah tak sediakan khemah untuk para ibu bapa!!. Dah macam nak berpicnic pun ada.
Singgah sekejap kat khemah rumah putih nak snap gambar Ikmal yang ketensionan sebab panas...kesian anak ibu.
Singgah jugak kat khemah rumah biru..
Kebetulan Arata kun jugak dalam satu kumpulan rumah biru. Bagusnyer kalau Ikmal pun dapat join satu rumah!!.
Untuk larian 50meter bagi tahun 1, Ikmal dapat no 1. Ada beberapa group lain lagi untuk tahun satu tu. Jom layan video Ikmal lari 50meter.
Yang ni pulak larian 50meter bagi tahun 2. Mifzal dapat no 1 jugak.
Salah satu acara untuk tahun satu. Dalam acara ni Ikmal dapat no 2.
Ni juga salah satu acara untuk tahun 2. Mifzal dapat no 2 jugak macam adik.
Jom layan video larian pass baton untuk tahun 1. Ikmal punyer team dapat no 3. Gambar tak sempat snap. Ikmal pelari akhir jugak macam abang dia. Tapi nasib tak menyebelahi rumah putih sebab pelari yang tengah2 dah buat spoil. Ibu yang lebih2 kesian bila tengok kalah...padahal dah siap soaund kalau kalah pun takpe....apa punye ibu daa!!!. kadang2 nasihat kat anak je pandai tapi diri sendiri yang terovernyer!
Acara lari pass baton untuk tahun 2, rumah biru juara! Mifzal pelari akhir dan adalah ketua tahun 2 untuk rumah biru.
Jom layan lari pass baton untuk tahun 2.
Ni pulak video lari pass baton dari tahun 1 hingga tahun 6.
Pelari yang laju dipilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Ikmal wakil rumah putih untuk tahun satu bagi kategori lelaki dan Mifzal wakil rumah biru untuk tahun 2. Haa...2 beradik berlawan lari antara rumah masing2. Tapi akhir sekali rumah biru jugak yang juara! Diikuti rumah putih...nasib dapat no 2 takle si Ikmal tu jeles ngan rumah abang dia...tapi sebelum tu memang ayah ngan ibu dah sound awal2...menang atau kalah adat perlawanan...tapi kalau menang baguslah!! Ye ke ibu oiii???? Haha..bukan ape sebab kesian bila tengok muka anak kecewa atau frust tu yang tak boleh tahan tu, sebab depe berdua ni suka sukan. Kalau memang depe suka sangatla..kalau kalah diam je...peh tu muka sekupang!! Dalam hati mana2 ibu pun mesti nak kan yang terbaik untuk anak2 kan??
Ibu bapa murid2 dijemput untuk buat dance. Join ajela..sukan last year pun memang ada masuk jugak, saje nak bagi anak2 seronok. Ibu join dengan Ikmal dan ayah join dengan Mifzal.
Time rehat. Ibu ngan ayah tukang tengok je la mereka2 tu makan!!. Hari puasa kan.. tapi anak2 leboh tak dapat puasa..inilah gayanyer kalau bersekolah di negara ni, mana tau istilah bulan ramadhan ke ape..kalau kat Malaysia dah sah2 takde sukan2 time gini, pendidikan jasmani pun mesti dihentikan sementara kan. Sini buat latihan sukannyer hari2 sejak masuk Ramadhan!
Yoko san dan anaknyer. Tahun ni adalah tahun akhir anak dia sekolah disini, sebab tahun depan akan masuk tingkatan 1. Tingkatan satu disini dipanggil junior high school.
Saya suka makan onigiri!!
Ni husband Yoko san dan Sachiyo san. Mereka2 ni memang banyak bagi informasi tentang apa2 maklumat disini especially tentang program2 di kawasan sini. Memang rasa bertuah sangat dapat berjiran dengan diaorang ni. Baik sangat..
Ni kaum2 ibu...wife ngan husband sama naik je..baik sangat!!
Semua sedang menikmati makan tengah hari.
Lepas makan sambung balik acara sukan. Ni acara golek bola gergasi. Tahun satu dan tahun dua bergabung.
Ni jugak salah satu acara sukan, tak silap untuk tahun 5 dan tahun 6.
Acara penutup, sudah semestinyer tarik tali..
Nilah kesemua ahli2 rumah biru. Kalau orang2 jepun tengok sukan kat Malaysia mesti diaorang terkejut.. kan kita ramai pelajar2. Disini memang pelajar2 tak ramai macam di tanah air kita. Yela satu famili paling kuat pun 3 org anak je...kalau tak sorang atau 2 orang anak je. Kos hidup mahal!!! haha....Mifzal barisan no 2, dari kanan yang mula2 sekali..
Sebelum nak bersurai...ambik gambar jap ngan Nakaichi family.
Keputusan akhir...rumah biru juara!! diikuti rumah merah, rumah kuning dan rumah putih!!. perasan tak kalau kat sekolah Malaysia pun sama kan, kalau rumah biru ngan rumah merah mesti hebat..power2 belaka.
Anak2 dapat sijil je, hadiah takde!!...huhu...sekolah sini selalu kutip sijil jela dari tahun lepas pun sama. Takpa la sijil pun bagus jugak..buat kenangan bila balik Malaysia nanti.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan