-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-09-28

Jalan-jalan di Tokyo

Ni sambungan cerita selepas operasi menyerbu rumah kakitangan kedutaan yang buat open house hari tu. Memang sakan betul raya hari tu!! Suasana macam kat Malaysia je..
Selepas tu plan nak pegi Anpanman Museum..bawak anak2, plan ni pun Murni yang buat..


Kami semua tak masuk pun, cukupla sekadar melihat2 dan ambik gambar buat kenangan aje...sebab sampai pun dah agak lewat!! Maklumla jalan raya jam, hari raya la katakan...huhu...


Orang2 jepun jeling2 je nengok pakaian istimewa ni!! Haha...mesti kata dorang pelik betuila pakaian ni..masuk anpanman museum pulak!! Walau apapun hatiku tetap berbangga memakai pakaian sebegini!!


Posing jap kat anpanman tu!!


Bergambar hanye diluar kawasan museum je...bangunan ni meriah betul dengan kaler2 katun!! Lepas tu kami terus balik rumah Murni....letih sangat seharian berjalan!!..
Sampai rumah Murni kami semua celebrate hari jadi Maira yang ke-3. Happy Birthday Maira..semoga jadi anak yang solehah ye!!

Maira bersama abinyer sedang memotong kek!!


Birthday girl tu asyik je tengok aunti nor potong kek. Rupanyer lepas tu dia merajuk...tak tau apa yg dirajuknyer..alahai birthday girl..janganlah rajuk2 hari ni kan hari besday Maira!! Ada le tu yang tak kena dihati. Kot2 dia nak suruh umi dia potongkan kek tu kot ye..Sibuk aje aunti ni kan!!.


* * * * * * * * * * * * * *

Disini ibu sefamili nak ucapkan berbanyak2 terima kasih buat Murni sefamili yang sudi tumpangkan kami anak beranak ni bermalam untuk beberapa hari di rumah Murni. Dan jugak sudi untuk meluangkan masa membawa kami bersiar2 disekitar bandar Tokyo..memang tak dapat dilupakan semua tu...dan juga hingga kini masih teringat2 keletah anak2 kecik Murni tu...sayang dorang!!!! Dah kebetulan cuti pun panjang apa lagi memang ambik peluang la nak ronda2 kat sekitar Tokyo ni.

2nd hari raya pulak memang tak set mana destinasi nak pegi. Itula kisahnyer bila pergi time2 holiday ni, pada raya kedua tu macam plan nak pegi Disney Sea. Sesampai aje nak masuk kawasan Disney Sea tu....emmmmmmmm...frust sangat...tiket habis!!! Kalau masih nak masuk jugak kena tunggu tiket yg dijual dalam pukul 5 ptg pulak...Sama jugak ngan Disney Land!! dua-dua tempat tu tiket habis!!



Jadilah sekadar posing kat luar ambik gambar...frust sangat!! takde rezeki..takpela nak buat macam mana kan. Tapi last Mac ibu dah masuk Disney Land tu yang teringin pulak nak masuk Disney Sea!!. Masa yang tak sesuai datangnyer!! Memang dah tau kalau masa2 cuti gini selalu full..


Melilau ajela kawasan2 luar tu...jalan2 cuci2 mata....actually ada citer lawak diantara kami2 semua yang datang ni..takpela biarlah jadi kenangan lawak tu..haha..rasa macam tak sesuai nak share dalam entry ni..pada yang empunyer diri..paham2 je la.


Bersama Zura....

Jalan2 cari makan pulak...



Masing2 teringin nak makan lobster...untuk ibu sefamili ni 1st time makan ni!! tak taula famili Murni ngan Zura dah biase makan ke idak...


Selesai makan jalan lagi kat area2 situ..

3 beradik....haha perasan jap si Maira tu anak sendiri...huhu...bilala nak dapat anak pompuan ni!! Ya Allah makbulkanlah permintaan hambamu ini..Amin


Drama ranger yang tengah top sekarang di Jepun ni..Shinkanger dan Kamen Rider.



Pemandangan malam...


Posing jangan tak posing!!...sakan betui bergambar!!


Inilah dia Tokyo Tower!!..


Dalam perjalanan nak balik rumah Murni, masih sempat diaorang nak bawak kami kesini, padahal dalam keletihan tu!! Especially si tukang driver le..asben Murni. Sian diaorang..anyway domo arigatou..





3rd hari raya....cuba teka apakah disebalik awan ni??? Frust lagi...menyorok pulak dia disebalik awan tu..kalau nak tau, itulah Gunung Fuji!! Tak dapat nak tengok menyeluruhlah....



Penyudahnyer naik bot kayuh ni ajela!!..


Suka sangat gambar ni..so sweet!!!


Abang2 yang sedang menteteramkan adiknyer, yang ketika itu tersangatlah excitednyer nak main air tasek!!



Destinasi akhir kami...Gotemba outlet. Menurut Murni tempat ni adalah yang terbesar sekali di Jepun. Tempat membeli belah!! Cuma ibu beli topi untuk anak teruna 2 orang ni aje!! Itulah topi baru yang dipakainyer..posing pun depan kedai yang beli tu!!

Panjang lebar betui entry kali ni..citer dari A..samapai Z. Malam tu jugak ibu sefamili berangkat ke Toyama. Naik bas pukul 11 malam. Kebetulan satu bas dengan Zura, so dapat balik Toyama sama2..

1 ulasan:

kew_chop berkata...

budimu juga dikenang kaknor. semoga silaturrahim kita berkekalan. sayang kaknor!!

Catat Ulasan