-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-09-16

Takaoka Matsuri

Ni cerita hari Ahad lepas, ibu sekeluarga diajak oleh kawan sekerja ayah untuk melihat satu festival di Takaoka. Apa yang diberitahu festival tu adalah sempena meraikan bandar Takaoka yang kini mencecah usia 400 tahun. Perjalanan dari Toyama nak ke Takaoka taklah jauh sangat, lebih kurang dalam 45min. Yang berbaju kaler hitam tu Mr.Hashimoto (kacho) production manager dialah yang mengajak kami sefamili untuk join festival ni..pikir2 bulan puasa ni macam malas je..kebetulan cuaca agak panas. Tapi demi menghormati perasaan dan dia pun semacam beria aje terpaksala ikut jugak. Wife dia pun ada sekali...baik dan teramatlah lemah lembutnyer....dan yang sorang lagi tu dari negara China, program yang sama macam ayah jugak, datang bekerja sementara di sini selama 2 tahun.



Sekali tengok perbarisan ni macam nak sambut hari merdeka je...layan je la




Macam pengikut2 pahlawan jepun je..


Yang ni pulak siap berkuda lagi memang macam rupa pahlawan lama jepun


Yang ni tak ke macam ninja turtle...

Jom share sama2 tengok video ni



Yang ni pulak dia memang seorang pelakon....mengikut kata Mr.Hashimoto laa..


Polis diraja....


Yang ni memang special sikit...diatas tu ada budak2, dan ada tukang tolak. Nampak masa tolak tu berat semacam je...tengok keantikan kereta sorong ni memang cantik! Apa nama benda tu pun tak tau la..




Jom nak share video ni pulak.



Anak2 terpaksa..ibu memaksa...haha...paksa ambik gambo la..

Tension sebenarnyer budak2 ni...


Kata Mr.Hashimoto ni rumah lama kat Takaoka..posing jap laa...

* * *

*** Kemudian kami diundang untuk berehat sementara kat rumah Mr.Hashimoto sementara nak nunggu berbuka pukul 6:04ptg. Diaorang nak belanja makan kat luar pulak...rezeki..rezeki..

* * *

Diaorang nak bawak makan kat sini rupanyer..Hah..sebelum ni tengok macam menarik je makanan ni...macam murtabak pun ade. Nama makanan ni okonomiyake. Memang tak pernah makan lagi. Special sikit sebab pelanggan yang masak. Bila dah oder, tukang kedai tu hantar mentah2..tengok bahan2 dalam tu sayur2, telor dan tepung kemudian kita boleh select nak udang atau sotong. Cara pertama nak buat boleh tengok macam Mr.Hashimoto ngan wife dia ni buat. Kacau2 bagi sebati bahan2 tu...

Kemudian bolehla ditepek kat atas kuali tu...penyek2kan..tak ke macam murtabak kat Mesia tu..mmng tengok menggiurkan je..

Balik2kan...

Peh dah masak tu bubuhla sos dia, kemudian kalau suka mayonis boleh taruk mayonis gak..yum-yum.. Perhatian, yang itam tu bukan hangit ye....tu adalah sos nyer!!
Tak sangka tekak anak2 pun boleh terima..ikutkan depe berdua ni memang susah nak makan..Tapi si adik ampun lagila...yang si abang tu..cerewet ya rabbi!! Seronok bila anak2 pun kata sedap!!


Perut dah kenyang..bolehla balik terus....emmm..rupanyer diaorang nak ajak tengok lagi satu pertunjukkan festival malam pulak...hahhh...nasib kejap je saje nak tunjuk alang2 dah sampe.
Bebudak berdua ni tak dapat nak tengok pertunjukkan tu!!!...pendek...terpaksa Mr.Hashimoto angkat Ikmal letak kat atas bahu die


2 ulasan:

kew_chop berkata...

bestnye okonomiyake. lama tak mkn. dulu selalu jek makan kat kureha tu.

NorNaza berkata...

aaa..mmeng sedap rupanyer ek..kak nor ni 1st time baru makan..huhu..cadang next time nak ajak abg nzr mkn lagi..sebb tekak anak pun blh terima!!

Catat Ulasan